Buletin

RANGER CATAT JUALAN 796 UNIT PADA JUN

Ford hari ini mengumumkan jualan runcit pada bulan Jun di Malaysia meningkat sebanyak 32 peratus berbanding Mei kepada 928 unit.

Ford-Ranger-June-sales-mekanika (8)

Prestasi bulan Jun itu dipacu oleh permintaan kukuh yang berterusan ke atas trak pikap Ranger. Jun juga mencatatkan jualan Ranger yang paling kukuh pada tahun ini apabila ia menokok sebanyak 35 peratus berbanding Mei kepada 796 unit. Angka ini membantu jualan Ranger untuk separuh pertama tahun ini menjadi 3,539 unit.

Trak pikap Ranger merupakan trak paling berkeupayaan di Malaysia. Ia boleh mengharung air sedalam 800mm, selain menawarkan kemampuan menunda dan mengangkut beban yang luar biasa.

Ford-Ranger-June-sales-mekanika (5)

Pakej keselamatan Ranger juga tiada tandingannya. Ini termasuklah sehingga enam beg udara serta teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid dan Adaptive Cruise Control. Electronic Stability Control (ESC) Ford dan cagak tempat duduk keselamatan kanak-kanak ISOFIX merupakan ciri standard pada Ranger.

“Ramai pelanggan gemar menggunakan Ranger sebagai kenderaan untuk tujuan kerja dan riadah,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

Ford-Mustang-penang-mekanika

Ford Mustang serba baharu yang dilancarkan secara rasmi pada Jun pula mencatat jualan sebanyak 11 unit. Jentera ikonik Mustang yang menggabungkn aspek gaya dan vintaj itu ditawarkan dengan dua pilihan enjin –  2.3 liter EcoBoost bersama pengecas turbo dan 5.0 liter V8 yang cukup berkuasa.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button