
TRIUMPH ROCKET 3 2020. ENJIN 2,500cc, BERMULA RM131K DAN SUDAH HABIS DIJUAL!
Peneraju motosikal ikonik British Triumph hadir bersama model terbarunya di pasaran iaitu Rocket 3. Jenama ini sering kali mengejutkan peminatnya melalui motosikal dengan rupa bentuk agresif dan futuristik namun tidak melupakan gaya oldskool.
Triumph kali ini hadir di pasaran dengan memperkenalkan model Rocket 3. Model ini dibawa masuk oleh pengedar rasminya di Malaysia iaitu Fast Bikes Sdn. Bhd.
Rocket 3 merupakan motosikal produksi yang memiliki kapasiti enjin terbesar di dunia. Jentera itu dijana oleh enjin bersesaran 2,500cc menghasilkan 167 kuasa kuda pada 6,000 rpm. Seperti model baru yang lain, Rocket 3 menjanjikan kepuasan menunggang seiring dengan teknologi serba baharu.

Triumph Rocket ditawarkan dalam 3 varian:
- Rocket 3 RÂ Â Â Â RM130,900
- Rocket 3 GTÂ RM136,900
- Rocket TFCÂ Â RM135,132 (Triumph Factory Custom) Â
Model itu dikenali menerusi gayaan menarik ekzosnya yang direka bagi memberikan laluan pembakaran sempurna dan bunyi ngauman enjin tiga silinder.
Rocket 3 menggunakan kotak gear enam kelajuan. Bagi mendapatkan kuasa membrek yang optimum, Rocket 3 didatangkan dengan sistem brek berprestasi tinggi, Brembo Stylema.

Jentera ini menawarkan empat mod tunggangan iaitu Road, Rain, Sport dan Rider-mod yang boleh dikonfigurasi mengikut kehendak penunggang. Fungsi kawalan tork dengan sistem hidraulik juga terdapat pada jentera ini, selain tahap responsif klac yang lebih ringan.
Oleh kerana beratnya mencapai lebih 290kg, Rocket 3 didatangkan dengan bantuan hill hold control yang menghalang jentera daripada menggelongsor sewaktu menunggang di kawasan berbukit.
Sistem itu memberi lebih keyakinan kepada penunggang kerana dapat mengawal jentera sepenuhnya.
Selain itu, Rocket 3 hadir dengan sistem elektronik cruise control. Sistem suspensi pula daripada menggunakan monoshock Showa yang menjamin kestabilan tunggangan.
Antara ciri menarik yang terdapat pada jentera ini ialah paparan skrin TFT dengan reka bentuk lebih canggih dengan pelbagai fungsi. Teknologi keyless juga dipadankan, sekali gus memberikannya sistem keselamatan yang lebih terjamin.

Di bahagian hadapan, Rocket 3 dipasang dengan lampu paparan siang LED memberi nyalaan terang terutamanya pada waktu malam.
Motosikal itu didatangkan bersama sistem pengecas USB 5V bagi tujuan mengecas. Ciri tambahan lain ialah sistem pemanas pada pemegang pendikit memastikan keselesaan kepada penunggang.

Perbezaan pada model Rocket 3 R dan GT adalah ciri tunggangan jentera tersebut. Rocket 3 R menawarkan gaya tunggangan sebuah roadster, manakala Rocket GT menggunakan bar hendal yang berorientasikan tunggangan touring.
Kedua-dua perbezaan ini adalah bagi memenuhi matlamat dan kegunaan motosikal pada tahap maksimum.
Bagi model Rocket TFC pula, unit ini adalah edisi yang terhad kepada 750 unit sahaja. Setiap unit mempunyai nombor siri dan kemasan kustom tersendiri.
Nak beli? maaf kerana semua unit ini telah pun habis terjual!
- BACA: TRIUMPH FOKUS PRODUKSI DI THAILAND. HINCKLEY JADI PUSAT REKA BENTUK, BINA MODEL ROCKET TFC
- BACA: RASMI SUDAH KOLABORASI BAJAJ DAN TRIUMPH. MAHU JUAL MOTOSIKAL PADA HARGA BERMULA RM11K
- BACA: TRIUMPH STREET TRIPLE RS 2020 – NAIK TARAF SIGNIFIKAN, TETAPI HARGA TETAP SAMA (RM67,900)
- BACA: TRIUMPH ROCKET 3 TFC 2019 HABIS DIJUAL DI UK