Buletin

AKSESORI MENARIK UNTUK MODENAS BAJAJ DOMINAR 400

Mencari aksesori untuk motosikal yang bukan buatan jenama popular dari Jepun atau Itali sememangnya satu cabaran. Tidak banyak syarikat luar yang menghasilkan barangan aftermarket pada model-model begini.

Ia adalah pasaran yang kecil dan niche mengikut standard pengeluar aksesori dan tidak hairanlah, kebanyakan pemilik motosikal ini melakukan pengubahsuaian custom. Samada dikacukkan dari jenama motosikal lain, ataupun ditempah khas yang lazimnya diperbuat daripada bahan gentian kaca.

Tanpa acuan khusus, kos membuat komponen ini biasanya lebih mahal.

BACA:  CIRI MENARIK MODENAS DOMINAR 400

Jenama motosikal seperti Modenas-Bajaj mungkin popular di Malaysia, tetapi mencari komponen aksesorinya boleh menyakitkan hati. Pemilik Pulsar 200 dan Dominar 400 adalah antara yang kurang mendapat pilihan.

Begitupun, di India, terdapat beberapa pengaluar yang mengkhusus kepada perkakasan motosikal ini. Autologue Design antara jenama yang mengeluarkan aksesori Bajaj dan setakat hari ini, mereka mempunyai barisan pengeluaran untuk akesori untuk model Dominar 400.

Antara aksesori yang menarik perhatian kami ialah;

1. TAIL TIDY

Ia didatangkan dengan integrasi lampu belakang dan lampu isyarat membelok. mudguard belakang boleh ditanggalkan dan digantikan dengan kit tail tidy ini.

2. COWLING PELANA BELAKANG 

DIpasangan untuk menutup bahagian pelana belakang. Khas untuk mereka yang mahu ubahsuai kerusi menjadi satu seater sahaja.

3. TANK SHROUD

Dipasangkan pada bahagian sisi tangki. lebih kepada aerodinamik dan untuk estetik.

4. TANK GRIPS

Dipasangkan pada sisi tangki bahanapi untuk mengelakan gelinciran. Ketika menunggang, kaki boleh mengapit tangki dan kedudukan peha tidak mudah beralih semasa mengambil selekoh.

5. WINDSHEILD HADAPAN

Direka lebih tinggi berbanding windsheild asal dari kilang. Lebih selesa kerana angin boleh melepasi paras separuh badan dan tidak terlalu teruk melawan angin ketika di lebuhraya.

GALERI

Google ads
Back to top button