Motosikal

PENGGANTI HONDA CB TRIGGER

Honda Motorcycle  dan Scooters India (HMSI) baru sahaja melancarkan model CB  Hornet 160R pada harga Rs 79,900 (RM 5,106.41).

Honda-CB-Hornet-160R- mekanika (2)

Model berkenaan adalah pengganti kepada CB Trigger yang  mana diberhentikan produksinya Ogos lalu. Berikutan tidak mendapat sambutan yang baik di India.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSI, Keita Muramatsu berkata CB Hornet 160R mendapat inspirasi daripada impian anak muda India yang mahukan motosikal lebih laju, pintar dan sporty.

“Kehadirannya akan mencipta era baharu Street Naked Sports di India.

Honda-CB-Hornet-160R- mekanika (6)

“Kami juga berbangga mengumumkan CB Hornet 160R ialah motosikal pertama dalam kategorinya yang memenuhi peraturan BS-IV ,” katanya.

Untuk makluman , BS-IV  atau nama penuhnya Bharat Stage ialah regulasi emisi standard yang dilaksanakan di India bagi semua kenderaan.

Jentera CB Hornet 160R dikuasakan oleh enjin 163cc, satu silinder, penyejukan udara yang menghasilkan kuasa 14.5bhp @ 8,000rpm dan tork setinggi 14.61Nm @ 6,000rpm.

Honda-CB-Hornet-160R- mekanika (5)

Model berkenaan dilengkapi Honda Eco Technology (HET) yang membantu menawarkan pecutan tinggi dan prestasi sporty.

Sistem tersebut juga mengurangkan berat, geseran enjin serta meningkatkan kecekapan bahan api. Penghantaran kuasa ke roda dibantu oleh transmisi 5 kelajuan.

Honda-CB-Hornet-160R- mekanika (3)

Honda CB Hornet 160R dibangun menggunakan kerangka berlian tubular, selain meminjam elemen penggayaan daripada konsep  CX-01.

Penampilan agresif dan sporty dilihat menerusi rekaan tangki minyak yang tinggi, lampu hadapan halogen, madgad hadapan dua tona, rim aloi kemasan hitam dan lampu belakang LED berbentuk-X.

Selain itu, ia turut menerima konsol instrumen digital sepenuhnya, bar hendal tinggi dan cowl tepi plastik.

Honda-CB-Hornet-160R- mekanika (4)

Tugas memberhentikan jentera diserahkan kepada brek cakera di hadapan dan belakang bersama Honda CBS (Combi braking system). Ia juga dilengkapi suspensi telekopik di hadapan dan  semi-loaded mono di belakang. .

Honda CB Hornet 160R  akan dijual di 21 lokasi di India antaranya  New Delhi, Alibag, Ahmedabad, Bashirhat (Kolkata), Bangalore,Boisar, Chennai dan Mumbai.

Bakal berada di pasaran bermula tahun baru,  CB Hornet 160R didatangkan dalam warna oren, putih, merah, biru dan hitam.

Foto: www.financialexpress.com

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button