Modifikasi

SUBARU IMPREZA VERSI 9

Subaru Impreza versi ke-9 ialah versi penutup kepada body 7 yang tak berapa nak cantik tu.

Bodykit versi 9 masih laku macam pisang goreng panas dan menjadi buruan pemilik 7 dan 8 yang nak convert ke versi termoden. Melalui versi 9 juga secara rasminya roda Subaru yang pelik telah bertukar kepada PCD universal 114.3 X 5.

Untuk mendapatkan model ini di pasaran terbuka juga dah semakin mampu milik. Ketika versi recond unregistered dulu semuanya lebih RM200,000. Sekarang, selepas  10 tahun kemudian harganya dah kurang diskaun 50 peratus.

Pemilik kereta ini namanya Khairi dari Kajang dan baru berusia 33 tahun. Khairi yang minat Subaru terus beli versi 9 dengan spesifikasi STi. Senang dan tak perlu buat apa dah.

Secara matematiknya, ia mahal dan beli V7 convert lebih murah. Tetapi bagi seorang yang tidak menggemari kerenah pomen dan tow truck, beli yang siap kilang tak payah pening kepala. Kereta pun bukan nak pandu setiap hari.

Kebanyakan komponen mekanikal dikekalkan. Penapis udara digantikan dengan penapis udara Blitz bersama ram funnel stainless steel dan hos Samco. Palam pencucuh asal diganti dengan plug NGK Iridium.

Sistem ekzos menggunakan paip custom 3 inci dari depan hingga ke centre pipe dan diakhiri dengan set Blitz Nur Spec R.

Pada pendapat saya, suspensi standard kereta ini memang paling sedap. Cuma yang tak bestnya tinggi macam gravel rally. Nak rendah dan imej rally tarmac mesti tukar suspensi jenis boleh laras. Khairi memilih suspensi daripada GAB.

Rim asal ditukar dengan rim daripada OZ. Model ini dikenali sebagai OZ Ultraleggera. Kalau dalam banyak-banyak rim baru, model OZ ini antara yang paling mampu milik. Saiznya ialah 18 inci dengan tayar depan dari Falken dan tayar belakang Potenza RE050.

Brek kereta ni 4 pot Brembo hitam di depan dan Brembo 2 pot di belakang yang masing-masing dibekalkan dengan pad Endless. Bahagian dalaman pula dilengkapi APEXI AVC-R, Apexi boost meter EL dan pemain audio Kenwood dengan skrin 7 inci.

Benda yang paling saya berkenan pada bonet belakang ialah spoiler S204. Saya pernah jumpa di ebay orang jual spoiler ini pada harga RM11,000.

Bahagian hadapan kereta dipakaikan dengan hud gentian karbon. Sama dengan belakangnya. Kalau kereta warna putih , memang nampak kontras dan garang.

Lips depan dipasang dan bahagian karbon yang saya perasan ada juga pada penutup lid minyak dan tiang tengah. Pendek kata, kereta ini nampak simple, tetapi laju.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button