Buletin

GOODYEAR TAJA BAYERN MUNICH

Pengeluar tayar premium berprestasi tinggi antarabangsa, Goodyear menaja pasukan FC Bayern Munich iaitu antara pasukan teratas dalam Bundesliga Jerman bermula 1 Januari 2016.

Goodyear-FC Bayern-mekanika (5)

Perjanjian berkenaan termasuk perimeter pengiklanan di semua perlawanan di Bundesliga dan pelbagai hak pengiklanan lain.

Pengarah Urusan Goodyear yang bertanggungjawab bagi  pasaran Jerman, Austria dan Switzerland, Jürgen Titz, berkata Bayern Munich adalah pasangan ideal untuk meningkatkan lagi profil jenama premium Goodyear.

Goodyear-FC Bayern-mekanika (2)

“Perkongsian ini akan memainkan peranan penting dalam strategi jenama Goodyear dengan gabungan pemasaran dan jualan komunikasi yang disesuaikan kepada pengguna dan pelanggan kami pada masa depan,” katanya.

Bintang bola sepak seperti Philipp Lahm, Franck Ribéry, Thomas Müller dan Manuel Neuer berpeluang menguji dan merasai pengalaman produk Goodyear dalam dua cara. Pertama, tayar Goodyear akan dipasang pada kereta peribadi mereka. Kedua, bas pasukan kini menggunakan tayar Goodyear.

Goodyear-FC Bayern-mekanika (3)

Perjanjian berkenaan memberi peluang kepada Goodyear untuk melakukan pemasaran global secara tidak langsung.

Presiden Syarikat Tayar dan Getah Goodyear Eropah,  Timur Tengah dan Afrika, Darren Wells berkata, perlawanan yang disiarkan di seluruh dunia dan peminat pasukan lebih daripada 400 juta menawarkan reputasi  positif yang melampaui sempadan.

Goodyear-FC Bayern-mekanika (1)

“Kedua-dua jenama berkongsi keghairahan untuk menang, dan komitmen untuk inovasi,” katanya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button