Buletin

MITSUBISHI OUTLANDER – RM167,000!

Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) hari ini melancarkan SUV terbaharunya, Outlander serba baharu.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (9)

Anda sudah boleh membuat tempahan sekarang. Jentera ini dijangka berada di semua bilik pameran Mitsubishi mulai April.

Outlander yabg bersaing dengan SUV seperti Mazda CX-5, Honda CR-V dan Nissan X-Trail ini boleh anda miliki pada harga pengenalan RM166,720 jika ia ditempah dan didaftarkan sebelum 31 Mei 2016.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (2)

Selepas itu, ia akan ditawarkan pada harga RM171,644 (di atas jalan termasuk insurans dan GST). Ia juga hadir bersama pakej waranti selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Model CBU dari Jepun itu hanya ditawarkan dalam satu varian 4WD sahaja. Ia dijana oleh unit enjin aspirasi biasa (N/A) 2.4 liter MIVEC berkuasa 167 PS @ 6,000rpm dengan tork maksimum 222Nm @ 4,100rpm.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (8)

Kuasa itu kemudian disalurkan ke keempat-empat roda menerusi kotak gear automatik bersama ciri Sports Mode. Anda boleh memilih daripada tiga warna menarik iaitu merah, putih dan kelabu.

Antara ciri premium yang dipasang pada Outlander ialah bumbung suria, lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang (DRL) LED, rim dua tona bersaiz 18 inci serta banyak lagi.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (7)

Di bahagian kabin, tempat duduknya dibalut kulit dan rekaan papan penuka yang kemas serta premium.

Outlander mengetengahkan reka bentuk Dynamic Shield yang mantap. Sebagai sebuah kenderaan keluarga, ia menawarkan ruang kargo yang luas mencecah 1,680 liter. 

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (5)

Dari segi keselamatan pula, Outlander dilengkapi tujuh beg udara, Active Stability Control (ASC), Hill Start Assist (HSA), AbS, EBD, Brake Assist dan banyak lagi. Pendek kata, Outlander sememangnya sebuah SUV yang padat dengan pelbagai ciri yang menarik.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (3)

MMM mensasarkan untuk menjual sebanyak 100 unit Outlander sebulan. Pelanggan bole melihat Outlander dengan lebih dekat pada siri jelajah seperti berikut:

Lokasi Tarikh Masa
Bangsar Shopping Centre 24 hingga 28 Februari 10am – 10pm
Queensbay Mall, Pulau Pinang 3 hingga 6 Mac 10am – 10pm
One Utama Shopping Centre 16 hingga 20 Mac 10am – 10pm
Komtar, Johor Bahru 24 hingga 27 Mac 10am – 10pm

Jumpa anda di sana!

Google ads
Back to top button