
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA TAWAR DUIT RAYA, REBAT HEBAT SEHINGGA RM4K – SAH SEHINGGA 1 HINGGA 30 APRIL 2024
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Mitsubishi Motors Malaysia kini menawarkan rebat hebat dan Duit Raya untuk pelbagai model pilihan bagi memenuhi keperluan pengguna.
Triton 4×4 VGT Athlete berharga RM155,900 diberikan satu pilihan tawaran iaitu rebat wang tunai sehingga RM7,000 atau naik taraf roda dengan hanya RM900 bersama rebat wang tunai sehingga RM3,000 atau Kadar faedah rendah 0.88%* p.a. rata dengan rebat wang tunai sehingga RM 2,000.
Tawaran yang sama turut terpakai untuk model Triton 4×4 VGT AT Premium, bertanda harga RM135,900.
Untuk Triton 4×4 VGT MT Premium yang dijual pada harga RM122,200, Mitsubishi menyediakan tawaran rebat wang tunai sehingga RM3,000 dan ditambah pula Rebat Sambutan Pesta Keaamatan sebanyak RM2,000.


Sementara, Triton 4×4 VGT AT, berharga RM 113,890 serta Triton 4×2 Quest MT (RM87,390) ditawarkan dengan rebat wang tunai sehingga RM4,000.
Bukan itu sahaja, Triton 4×4 VGT MT, boleh dimiliki pada harga RM110,000, anda kini boleh merebut rebat wang tunai sehingga RM3,000.
Selain itu, XPANDER yang dijual dengan tanda harga RM100,980 menerima setahun caj buruh percuma serta rebat wang tunai RM1,000.
Lebih menarik, semua model berkenaan ditawarkan dengan rebat Kesetiaan RM2,000 untuk pemilik Mitsubishi serta rebat RM1,000 bagi Penjawat Awam.


Model-model seperti Triton 4×4 VGT Athlete serta Triton 4×4 VGT AT Premium menerima Rebat Sambutan iaitu RM2,000 Duit Raya.
Manakala Triton 4×4 VGT MT Premium mendapat rebat Sambutan Bonus Pesta Keaamatan RM2,000 (Terhad untuk negeri Sabah dan Sarawak sahaja dan promosi sah dari 1 April ke 31 Mei 2024).
Tempoh promosi bermula pada 1 hingga 30 April 2024 serta ekslusif untuk semua tawaran dan kadar faedah rendah hanya dengan bank yang terlibat iaitu Maybank, Hong Leong Bank serta Public Bank.

Bagi pembeli pemilik Mitsubishi, promosi sah untuk pemilik Mitsubishi yang ingin membeli model atau varian Mitsubishi lain.
Bagi pembeli skim Kerajaan, promosi ini sah untuk pegawai atau kakitangan kerajaan sahaja.
Untuk makluman, harga yang dinyatakan adalah harga OTR tanpa insurans (termasuk SST 10%) untuk Pemilik Persendirian Individu di Semenanjung Malaysia sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/promotion/raya-offer/





