Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA RAI PENGELUARAN 40,000 UNIT MITSUBISHI XPANDER

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, baru-baru ini meraikan pencapaian penting dengan mencapai produksi sebanyak 40,000 unit Mitsubishi XPANDER di negara ini.

Hari ini, syarikat tersebut dengan teruja menyambut pemilik XPANDER yang ke-40,000.

Kempen selama sebulan ini berakhir dengan pemberian baucar perjalanan bernilai RM10,000 kepada pemilik bertuah XPANDER yang ke-40,000, Puan Zaty Ewany, seorang guru dan ibu kepada lima orang anak, berasal dari Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

Majlis penyerahan XPANDER baharu milik Puan Zaty berlangsung di salah satu pengedar sah MMM, RIF Auto Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, “Apabila kami melancarkan XPANDER pada akhir tahun 2020, visi kami adalah untuk mencipta sebuah kenderaan yang bukan sahaja memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami tetapi juga memperkayakan gaya hidup pemiliknya.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia kami, rakan perniagaan MMM, dan rakan media kerana telah menjadi asas kejayaan kami.”

Sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian luar biasa ini, para pengunjung boleh menikmati rebat dan bonus istimewa di mana-mana bilik pameran sah MMM.

Sila layari laman web MMM di https://www.mitsubishi-motors.com.my/ atau ikuti saluran media sosial rasmi MMM untuk maklumat lanjut.

Sebagai alternatif, untuk menempah mana-mana model Mitsubishi Motors, anda boleh melayari Bilik Pameran Online Mitsubishi di https://www.mitsubishi-motors.com.my/book-online/

Google ads
Back to top button