
PENUMPANG TEMPAH SELURUH KABIN KELAS BISNES AIR INDIA. KHAS BUAT ANJING PELIHARAAN
Seorang pemilik anjing sanggup menempah keseluruhan kabin pesawat kelas bisnes penerbangan Air India bagi membolehkan haiwan peliharaannya itu merasai pengalaman perjalanan mewah.
Menurut laporan Times of India, anjing itu menaiki penerbangan Air India AI-671 pada awal pagi Rabu.
Pemilik haiwan berkenaan menghabiskan lebih 2.5 lakh rupee (kira-kira RM14,231) untuk penerbangan yang mengambil masa selama dua jam dari Mumbai ke Chennai.
Bagi Tambang tempat duduk kelas bisnes dalam penerbangan Air India Mumbai-Chennai adalah kira-kira 20,000 rupee (kira-kira RM1,132).
“Kabin kelas J di pesawat Air India A320 memiliki 12 tempat duduk, jadi anak anjing comel itu terbang mewah,” kata sumber itu kepada TOI.
Air India adalah satu-satunya syarikat penerbangan di India membenarkan haiwan peliharaan dibawa masuk dalam kabin penumpang.
Anjing pernah berada ke kelas perniagaan Air India sebelum ini, namun ini mungkin pertama kali seluruh kabin perniagaan ditempah khas untuk haiwan kesayangan.
Dalam tempoh Jun hingga September tahun lalu, Air India menerbangkan 2,000 haiwan peliharaan dalam penerbangan domestiknya. –timesofindia