Buletin

ASTON MARTIN DB5 ‘MAINAN’ NO TIME TO DIE EDITION. TERHAD 125 UNIT, HARGA RM516K

Syarikat EON Productions yang membikin filem terbaharu James Bond, No Time To Die telah berkolaborasi dengan The Little Car Company dalam menghasilkan replika ikonik Aston Martin DB5.

Jentera ‘mini’ berkenaan  dikatakan akan ditawarkan sebanyak 125 unit sahaja dan didatangkan pada harga mencecah £90,000 (RM 515,773).

Asron Martin DB5 itu dilengkapi pakej peranti Q-Branch dengan sentuhan pemenang Oscar dalam kesan khas, Chris Corbould.

Bukan calang-calang mamat ini, dia terlibat dalam 15 buah filem James Bond sejak awal tahun 1980-an lagi.

Replika tersebut menawarkan beberapa suis di dalam panel tersembunyi berdekatan pintu penumpang malah pemandu boleh mengaktifkan peranti termasuk kemaskini digital, nombor plat sama seperti jentera asli 007 dan skrin asap.

Selain itu, ia memiliki mod skid yang dapat membantu melakukan donut dalam keadaan kecemasan.     

DB5 No Time to Die turut didatangkan dengan sepasang senjata Gatling yang tersimpan rapi pada bahagian kedua lampu utama.

Ia bukanlah senjata asli tetapi sekadar ‘mencantikkan’ lagi aksesori jentera ikonik berkenaan. – carscoops/motor1

Google ads
Back to top button