
PENUNGGANG MOTOSIKAL JATUH DARI TEBING, SMART WATCH JADI PENYELAMAT
Seorang penunggang motosikal telah jatuh antara 40 hingga 50 kaki dari tebing di Washington Country, Utah dan nasibnya baik, apabila amaran dari jam pintar membolehkan dia diselamatkan.
Responden pertama dapat menemui mangsa setelah sistem amaran menyelamat pada jam pintarnya memaparkan terdapat kemalangan sedang berlaku di kawasan berdekatan.
Setelah itu, pihak polis tiba untuk memberi bantuan sebelum mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk memberi rawatan atas kecederaan yang dilaporkan serius.

Walau bagaimanapun, jenama dan model jam tangan pintar kedua-duanya masih tidak diketahui, tetapi kebanyakan versi terkini jam tangan sedemikian dapat mengesan kemalangan yang serius serta memberi amaran kepada pihak berkuasa.
Yang paling terkenal mungkin Apple Watch, yang menampilkan ciri ‘Crash Detection’, begitu juga dengan iPhone model terbaru.
Menurut Apple, “ia direka bentuk untuk mengesan kemalangan kereta yang teruk seperti hentaman hadapan, hentaman sisi, perlanggaran bahagian belakang serta terbalik, melibatkan sedan, van mini, SUV, trak pikap dan kereta penumpang lain.”
Tetapi dalam kes ini, terbukti bahawa jam tangan yang dipakai oleh mangsa, mampu mengesan kemalangan dua roda.
- BACA: BAHAYA TERSEMBUNYI PADA KERETA ELEKTRIK, RISIKO KEMATIAN BILA KEMALANGAN
- BACA: PASANGAN GURU MAUT TERCAMPAK DARI TOYOTA ESTIMA DALAM KEMALANGAN DI LPT 2
- BACA: KEMALANGAN DI NKVE, MENTERI KERJA RAYA ARAH SIASATAN DAN KERJA BAIK PULIH SEGERA
- BACA: TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA BANTU ANAK TERLIBAT KEMALANGAN MAUT







