" "
Artikel Pilihan

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT, POLIS SAHKAN PEMANDU AKTIFKAN CIRI FULL SELF DRIVE TESLA

Dalam satu siasatan kemalangan maut yang berlaku pada bulan April 2024 di Seattle, polis mengesahkan pemandu telah menggnakan sistem Full Self Drive semasa kemalangan berlaku menurut Associated Press. Maklumat ini diperolehi menerusi Event Data Recorder daripada Tesla Model S 2022 moleh pihak penyiasat ashington State Patrol

Pemandu Tesla Model S yang berumur 56 tahun kemudian ditahan berikutan kemalangan tersebut membunuh penunggang motosikal serta merta di tempat kejadian. Ketika sistem Full Self Drive sedang diaktifkan, pemandu tersebut telah didapati menggunakan telefon dan meletakkan sepenuh kepercayaan pada sistem FSD.

Namun ketika siasatan awal dijalankan, pihak berkuasa gagal mengesahkan dakwaan pemandu tersebut sehinggalah data maklumat berjaya diekstrak daripada Event Data Recorder. Sistem ini sebenarnya dignakan oleh Tesla untuk menyiasat kes kemalangan, analisa dan penentuan tanggungjawab ketika kemalangan berlaku

Salah satu kritikan terhadap Tesla ialah sistem Adaptive Cruise Control yang dipasarkan dengan nama yang lebih eksotik seperti “Autopilot” namun ia bukanlah autonomi sepenuhnya. Dalam kejadian pada April 2024, Tesla Model S ini telah melanggar penunggang motosikal dan kemalangan ngeri ini berakhir dengan Tesla Model S menindih mangsa selepas tercampak dari motosikal akibat perlanggaran pertama

Pemandu tersebut telah ditahan polis selepas polis mendapati “beliau telah meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada sistem FSD untuk memandu dan menggunakan telefon ketika kejadian”. Namun pihak pendakwaraya masih lagi belum memutuskan bagaimana kes ini perlu diadili di mahkamah

Kes kemalangan maut ini berlaku selepas sebulan pihak Tesla mengeluarkan memo kepada pemilik untuk mengingatkan mereka supaya lebih fokus ketika memandu walaupun sedang menggunakan sistem FSD. National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah membuka siasatan kepads Tesla selepas 13 kes kematian dan ratusan kes kemalangan

Google ads
Back to top button