KIM JONG UN GUNA LEXUS LX 600 UNTUK TINJAU KEADAAN BANJIR – NASIB BAIK TAK HANYUT
Ada yang kata aksi yang dilakukan pemimpin Korea Utara ini berani namun ada juga yang mengatakannya bodoh. Bayangkan dengan selambanya Jong Un menggunakan SUV mewah Lexus LX 600 beliau meredah kawasan yang teruk ditenggelami banjir untuk memberi semangat kepada penduduk di kawasan tersebut. Boleh hanyut mamat ni kalau silap gaya.
Lexus LX 600 memang sebuah kenderaan off-road sebenar dan sarat dengan kemewahan. Jong Un bagaimana pun telah menggunakan kenderaan ini dan memaksanya bergerak dalam keadaan ekstrim.
Walaupun digemburkan sebagai seteru AS dan dunia amnya, Jong Un masih menunjukkan sisi baik beliau yang perihatin dengan golongan yang menjadi mangsa banjir. Kita pun ada pemimpin yang sanggup meredah banjir. Ramai sebenarnya, walaupun ada juga yang tak nampak batang hidung.
Hampir 5,000 penduduk dipindahkan tapi Jong Un kekal tenang meredah kawasan banjir yang mempunyai kedalaman beberapa kaki dalamnya.
Sebenarnya ini bukan kali pertama sebab Jong Un pernah melakukannya pada tahun 2020 dengan menggunakan Lexus LX 570. Masa tu siap beliau pandu sendiri lagi. Beliau tahu aksi ini bahaya sebenarnya. Itu pendapat kami cuma beliau tetap melakukannya untuk memberikan suntikan semangat kepada rakyat yang terjejas.
Kim mengerahkan bantuan untuk mangsa banjir dan pada masa yang sama menyelar pihak berkuasa terlibat yang tidak membuat persiapan rapi untuk menghadapi banjir. Dah tahu selalu banjir kenapa tak buat persiapan awal-awal bahlol? Okey perkataan bahlol tu kami taip sendiri supaya lebih dramatik.
Kebanyakan kereta penumpang biasa akan hilang kawalan dan kemungkinan hanyut jika mengharungi air dengan ketinggian melebihi enam inci. Air yang mengalir dengan ketinggian melebihi dua kaki pula mampu menghanyutkan SUV dan trak pikap. Jadi jangan la cuba-cuba nak tiru aksi macam ni.
Lexus LX 600 dengan berat mencecah 2.7 tan mempunyai kemampuan mengharung air setinggi 27.5 inci dengan jarak kelegaan bumi 8.3 inci. Mungkin sedikit rendah lagi sebab mamat ni boleh tahan gemuknya.
Land Rover Defender 130 mungkin lebih sesuai untuk kegunaan seperti ni tapi mana setanding dengan kemewahan yang ada pada LX 600 ni. Sebut je nak fungsi apa dari pad cas telefon tanpa wayar hinggalah kerusi urut. Semua ada pada LX 600 ni.
Kita yang pakai Alza standard pekak ni ada kamera pandang belakang masa undur pun dah rasa hebat gilos.