Buletin

PENUNGGANG MOTOSIKAL SELAMATKAN UNCLE DARIPADA CUBAAN BUNUH DIRI

Seorang penunggang motosikal berjaya menyelamatkan nyawa seorang pakcik yang didakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan.

Foto yang dikongsi oleh pengguna Facebook Alvin Ngai itu nyata menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.  

Alvin menyatakan peristiwa itu seolah-olah mengingatkan kita bahawa kebaikan dan sifat mulia masih subur dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Biarpun di sebalik pergolakan politik yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini.

“Saya melihat seorang kawan berbangsa Melayu cuba menenangkan uncle Cina yang mahu membunuh diri. Ia benar-benar menyentuh hati saya.

“Ahli politik sekalian, tolong jangan tegangkan lagi ubungan di antara kaum demi kepentingan diri. Saya sayangkan Malaysia dan kawan-kawan yang berbilag bangsa,” tulis Ngai dalam bahasa Melayu dan Cina.  

Insiden tersebut dipercayai berlaku di jambatan Sultan Ismail, Muar Johor pada Jam 2.40 petang, 7 Mac lalu.

Akhbar China Press melaporkan bahawa warga emas itu menghidap penyakit dan mahu menamatkan nyawanya. Kejadian tersebut disahkan oleh Pegawai Komander Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar, Mohd Jefri Jamal.

Menurut Jefri, lelaki berkenaan berjaya ditenangkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Hantaran Ngai menerima lebih 12,000 reaksi di Facebook dengan majoritinya memuji tindakan pantas penunggang motosikal berkenaan. Netizen juga lebih banyak kesedaran mengenai kesihatan mental masalah bunuh diri diadakan.   

Mazda CX30

“Saya sangat sayangkan Malaysia. Saya tidak pernah rasa wujud ketegangan di antara etnik, masalah timbul daripada ahli politik. Mereka melaga-lagakan rakyat demi kepentingan diri,” tulis Fong Chean Siong.

“Saya akan lakukan perkara yang sama. Pakcik ini memerlukan pertolongan. Kita mesti beritahu semua yang mengalami depresi bahawa mereka tidak keseorangan dan kita boleh membantu. Tiada siapa patut mati sia-sia,” tulis Zuan Ishmael. – MalayMail

Google ads
Back to top button