
PERADUAN ‘SERVIS & MENANG’ PETRONAS AUTOEXPERT TAWAR HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM30K, BERLANGSUNG 1 SEPTEMBER – 31 OKTOBER 2024
PETRONAS AutoExpert mengumumkan pelancaran peraduan ‘Servis & Menang’ yang akan berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2024.
Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas, dengan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Berikut adalah senarai hadiah yang menanti anda:
- Hadiah Pertama (1x)
TV Panasonic 75” Android 4K - Hadiah Kedua (1x)
iPhone 15 Pro Max (256GB) - Hadiah Ketiga (2x)
iPad Air WiFi (256GB) - Hadiah Keempat (30x)
Baucar Servis RM200 - Hadiah Sagu Hati (70x)
Kredit Tunai RM50 melalui E-wallet

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM1 di mana-mana cawangan PETRONAS AutoExpert di seluruh Malaysia.
Sebarang pembelian atau perkhidmatan, seperti penukaran alat suspensi, bateri kereta, diagnostik kenderaan, atau sekadar pembelian bolt nut, layak untuk menyertai asalkan jumlah transaksi melebihi RM1.
Sebagai satu inisiatif baharu, pelanggan kini boleh membuat tempahan temujanji secara dalam talian melalui aplikasi Setel.
Sempena peraduan ini, peserta yang membuat tempahan temujanji melalui aplikasi Setel sebelum menghantar kenderaan mereka untuk diservis boleh memungut 100 entri tambahan.
Peraduan ‘Servis & Menang’ ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah, tetapi juga memastikan kenderaan mereka diservis dengan baik di rangkaian PETRONAS AutoExpert.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ini dan nikmati perkhidmatan berkualiti sambil berpeluang membawa pulang hadiah menarik!
- BACA: VOLVO XC90 FACELIFT TAMPIL LEBIH MENARIK – T8 PHEV, JANA 455PS
- BACA: HYUNDAI SANTA FE FACELIFT 2024 DILANCARKAN: HARGA BERMULA RM185K – RM205K
- BACA: BYD ATTO 3 2024; BATERI KAPASITI 60.48KWH, JARAK GERAK 480KM, HARGA BERMULA RM149K
- BACA: VOLVO TAWAR PELUANG EKSKLUSIF; JADI YANG PERTAMA PANDU VOLVO EX30 DI KL BASE, BERLANGSUNG 26 – 29 SEPTEMBER



