Buletin

VOLVO XC90 FACELIFT TAMPIL LEBIH MENARIK – T8 PHEV, JANA 455PS

Volvo XC90 facelift 2024 hari ini secara rasmi didedahkan, datang dengan rekaan lebih menarik serta diberi sentuhan lebih segar.

Dari segi penggayaan, Volvo XC90 2024 tampil dengan gril serta lampu LED baharu termasuk bampar, dengan signatur DRL lebih tajam, manakala bahagian belakang pula diberi corak baharu dengan lubang udara lebih lebar dan terdapat juga reka bentuk rim baharu, antara 20 hingga 22-inci.

Di dalam, ia dilengkapi skrin sentuh bersaiz 11.2-inci, sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity dengan kuasa berkurangan sedikit – turun kepada 1,100 watt daripada 1,400 watt sebelumnya dan mengekalkan tombol gear kristal Orrefors.

Perincian lain termasuklah pemegang cawan dan pengecas wayarles Qi yang diposisikan semula dan pencahayaan ambien dikemas kini juga menambahkan sentuhan kemampanan.

Untuk ciri keselamatan, ia dibekalkan dengan ciri-ciri seperti autonomous emergency braking, Pilot Assist Level 2, Run-Off Road Protection, blind spot monitoring dan rear cross-traffic alert.

Selain itu, sistem suspensi udara Volvo, digabungkan dengan casis aktif yang memantau 500 kali sesaat, memastikan pemanduan lancar dan selesa.

Dengan keupayaan turun 20mm dan naik 40mm, ia bukan sahaja memudahkan penumpang, tetapi juga meningkatkan aerodinamik serta jarak tanah.

Beralih kepada kuasa, varian T8 plug-in hybrid (PHEV) mengekalkan konfigurasi asas yang sama – enjin 4-silinder 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik 145PS dan transmisi automatik 8-kelajuan.

 Jumlah output adalah 455PS, mencapai 100 km/j dalam 5.4 saat. Bateri kekal pada kapasiti 18.8kWh, memberikan jarak pemanduan elektrik antara 63 hingga 71km. 

Jika anda tidak berminat dengan plug-in, Volvo masih menawarkan dua pilihan mild hybrid, kedua-duanya menggunakan enjin 2.0 liter, menampilkan bateri litium-ion 48v.

Model B5 menghasilkan 250PS manakala B6 menambah kepada 299PS.

Volvo XC90 baharu kini boleh ditempah di Eropah, dengan pengeluaran dan penghantaran akan bermula pada penghujung tahun ini.

Google ads
Back to top button