Buletin

PERGI KE SUKAN OLIMPIK RIO 2016 DENGAN PETRONAS, VISA & MAYBANK

Visa, Maybank dan Petronas semalam melancarkan Kempen Sukan Olimpik Rio 2016 Belanja & Menang.

Petronas-Visa-Maybank-Olympic-Rio-2016-mekanika (6)

Kempen yang bermula pada 1 April 2016 akan berlangsung selama dua bulan hingga 1 Jun 2016.

Justeru, semua pemegang kad Visa, termasuklah kad Petronas Maybank Visa layak mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Petronas-Visa-Maybank-Olympic-Rio-2016-mekanika (1)

Anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM50 menggunakan kad Visa di lebih 1,000 stesen Petronas dan 760 kedai Mesra di seluruh negara.

Hadiah mingguan yang ditawarkan ialah 10 unit telefon pintar Samsung S7 edge dan 120 Petronas Mesra Points bernilai RM200. Hadiah utama ialah peluang menyaksikan majlis penutupan Sukan Olimpik Rio 2016!

Petronas-Visa-Maybank-Olympic-Rio-2016-mekanika (3)

Pemenang akan berada di Rio selama empat hari dan beberapa aktiviti menarik menanti mereka di sana.

“Kami sangat teruja bekerjasama dengan Visa dan Maybank untuk membawakan kempen ini kepada pengguna.┬áMereka bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah hebat, malah pengguna kad Mesra juga mempunyai 10 kali peluang untuk memenangi hadiah utama,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus.

Petronas-Visa-Maybank-Olympic-Rio-2016-mekanika (4)

Petronas juga menjangkakan kempen terbaharu tersebut mampu menarik lebih banyak penyertaan berbanding peraduan yang dianjurkannya sebelum ini.

Google ads
Back to top button