Buletin

BAYARAN BULANAN PERCUMA SETAHUN RENAULT FLUENCE

TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia menganjurkan kempen ‘We’ve Got You Covered’ untuk model Renault Fluence.

Kempen Jualan 'We've Got You Covered' Renault Fluence

Melalui promosi ini, para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan secara percuma selama setahun. Melibatkan penjimatan sebanyak RM15,000. Di samping perlindungan selama lima tahun menerusi pakej servis dan penyelenggaraan ‘5inFluence’ yang tiada tandingan.

Kempen Renault Fluence ‘We’ve Got You Covered’ sah sehingga 31 Mei hadapan dan melibatkan beberapa varian terpilih yang didaftarkan sepanjang tempoh tersebut.

RENAULT FLUENCE FACELIFT

Para  pelanggan Renault Fluence baharu juga bakal menikmati lebih banyak penjimatan dan pengalaman menyenangkan melalui pakej ‘5inFluence’.

Ditawarkan ke atas semua varian Renault Fluence di Malaysia, pakej servis dan penyelenggaraan ‘5inFluence’ merangkumi:

  • Jaminan pengeluar selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had
  • Penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km mana- mana tiba dahulu
  • Jaminan alat ganti tulen selama setahun
  • Perkhidmatan ambil untuk setiap servis berjadual secara percuma
  • Penyelesaian Mobiliti 24 jam yang menawarkan sebuah kereta gantian apabila Fluence anda terpaksa berada di pusat servis lebih dari 48 jam

Renault Fluence dikuasakan enjin 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 143PS @ 6,000rpm dan tork 195Nm @ 3,750rpm. Penghantaran kuasa ke roda dibantu oleh kotak gear automatik CVT X-Tronic.

Renault Fluence ditawarkan dalam dua varian iaitu Expression dan Dynamique pada harga RM108,888 dan RM119,888 seunit (di atas jalan termasuk GST tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button