BuletinMotosikal

BUKAN SAHAJA Y SUKU, YAMAHA R6 NI PUN BOLEH DIMENANGI!

Minggu lalu kami siarkan pemenang siri pertama Peraduan Petronas Sprinta Yamaha Bonanza siri pertama. Ia adalah pertandingan yang dianjurkan oleh pengeluar pelincir motosikal terkemuka Negara Petronas Sprinta sempena penyertaan mereka dalam perlumbaan MotoGP menerusi pasukan Petronas Sepang Racing Team.

Peraduan ini sangat menarik kerana hadiahnya adalah motosikal Yamaha yang dideko khas untuk pemenang. Sebuah hadiah utama Yamaha YZF-R6, Hadiah kedua Yamaha YZF-R25 dan hadiah bulanan sebanyak TUJUH buah Yamaha Y15ZR akan diberikan setiap bulan kepada pemenang betuah.

Menangi YAMAHA R6 beserta Helmet Arai dan sepasang pas VIP Village MotoGP Sepang sebagai HADIAH UTAMA Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza.

Ya. Ramai yang beri perhatian pada Yamaha Y15ZR yang diberi secara bulanan tetapi tidak ramai yang tahu bahawa hadiah utamanya ialah sebuah Yamaha YZF R6!

MACAMANA PERTANDINGAN NI DIBUAT?

Sangat senang.

Anda cuma perlu buat langkah ni.

1. Beli minyak pelincir PETRONAS Sprinta 1L (minimum RM25 di dalam satu resit) dari stesen Petronas atau kedai motor yang mengambil bahagian.
2. Ambil gambar resit (bagi belian dari stesen) atau borang dan resit (belian dari kedai motor) dan Whatsapp ke +6013-695 8306.
3. Ikut arahan selanjutnya di dalam telefon bimbit anda.

Google ads
Back to top button