Buletin

AIA GENERAL BERHAD LANCAR PELAN FAMILY DRIVE. INSURANS KERETA HOLISTIK UNTUK SEISI KELUARGA

AIA General Berhad (anak syarikat AIA Bhd) baru-baru ini melancarkan produk flagship pertamanya – Family Drive, sebuah pelan insurans kereta yang memberikan perlindungan menyeluruh ketia berada di atas jalan raya.

Ia juga menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada para pemandu serta keluarga mereka menerusi beberapa manfaat yang pertama seumpamanya dalam industri.

Family Drive ialah insurans kereta pertama di Malaysia yang menawarkan diskaun keluarga jika lebih daripada sebuah kereta diinsuranskan di bawah isi rumah yang sama.

Family Drive adalah insurans kereta komprehensif yang memberi perlindungan asas terhadap kerugian serta kerosakan sendiri dan pihak ketiga. Tidak seperti pelan lain di pasaran, ia didatangkan dengan pelbagai ciri unik yang direka khas untuk kepentingan pelanggan:

       1.  Perlindungan

  • Perlindungan Kemalangan Diri yang memastikan setiap individu yang menaiki kereta yang diinsuranskan akan dilindungi secara automatik dengan perlindungan sehingga RM250,000.
  • Perlindungan terhadap liabiliti undang-undang ke atas kecederaan, kematian serta kerosakan harta benda pihak ketiga bagi pemandu dan setiap penumpang.  
  • Perlindungan automatik bagi semua pemandu yang dibenarkan tanpa sebarang kos tambahan.

2.  Kemudahan

  • Pelanggan akan menerima Elaun Kesulitan sebanyak RM600 bagi setiap kemalangan sekiranya kereta perlu dibaiki di bengkel.
  • AIA Roadside Assist menyediakan pelbagai perkhidmatan tambah nilai seperti penggantian bateri, tayar dan menunda kenderaan, 24/7. Pelanggan juga boleh meminta bantuan untuk membuat laporan polis. Selain akan diberi baucar perkhidmatan e-hailing bagi membantu para pelanggan serta keluarga mereka pulang dengan selamat. 

     3.  Simpanan

  • Diskaun Keluarga sebanyak 5% jika pelanggan menginsuranskan dua atau lebih kereta dengan Family Drive.
  • Pengecualian lebihan akan diberikan jika pelanggan membaiki kereta di bengkel panel AIA, dengan jumlah kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh AIA.

Keselamatan jalan raya terus menjadi kebimbangan di Malaysia. Statistik terbaru menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya menjadi punca kematian keempat tertinggi di Malaysia.

Statistik ini menunjukan keperluan untuk mengukuhkan pelan yang melangkaui pelan insurans kereta tradisional. Ia perlu boleh menangani kebimbangan rakyat Malaysia menerusi tawaran ciri-ciri perlindungan yang dipertingkatkan dan perkhidmatan tambah nilai.

Mazda CX30

Family Drive juga boleh didapati dengan pelbagai pilihan manfaat tambahan yang membolehkan pelanggan meluaskan skop perlindungan mereka.

Dengan manfaat Nilai Dipersetujui, para pelanggan boleh mendapatkan perlindungan terhadap penyusutan nilai kereta mereka dengan menetapkan jumlah perlindungan yang dipersetujui semasa membeli polisi tersebut.

Manfaat Pengecualian Kos Penambahbaikan pula memastikan para pelanggan dilindungi ke atas  sebarang kos alat ganti asli untuk kereta mereka tanpa prosedur atau dokumentasi tambahan ketika membuat tuntutan.

Para pelanggan juga boleh memilih manfaat Bencana Alam (Peril Khas) yang melindungi kereta mereka daripada sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, ribut, tanah runtuh atau bencana alam.

Maklumat lanjut mengenai Family Drive, produk-produk serta perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA General Berhad, layari www.aia.com.my.

Tags
Google ads
Back to top button