Buletin

PERINTAH BERKURUNG 1 APRIL ADALAH PALSU – MKN

Majlis Keselamatan Negara hari ini menafikan berita yang tular di media sosial bahawa perintah berkurung akan dilaksanakan pada 1 April nanti.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, klip audio pendek yang viral di laman media sosial itu tidak benar sama sekali.

Kerajaan sebelum ini melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April dalam usaha membendung penularan wabak Covid19 berikutan meningkatnya jumlah kes baru.

Bagaimanapun, malam semalam, kerajaan mengetatkan kawalan pergerakan di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor. Ia berikutan peningkatan drastik jumlah jangkitan wabak tersebut.

MKN juga turut menafikan berita 69 warga Rohingya di Selayang yang diuji positif virus Covid19.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli hand sanitizer yang tidak diiktiraf National Pharmaceutical Regulatory Agency.

Sehingga saat ini, sejumlah 26 kematian dicatatkan dan 2,161 orang terkena jangkitan Covid19 di Malaysia.


Google ads
Back to top button