Buletin

HONDA MALAYSIA TUTUP SEMENTARA OPERASI PERNIAGAAN BERMULA 1 HINGGA 14 JUN

Honda Malaysia mengambil langkah menutup sementara operasi perniagaan bermula 1 hingga 14 Jun 2021 sejajar sekatan pergerakan penuh dilaksanakan kerajaan.

Ia bertujuan menyokong langkah kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di dalam negara.

Langkah berkenaan merangkumi operasi pemasangan kenderaan di kilang Pegoh, Melaka, pusat jualan serta pengedar di seluruh negara.

Bagaimanapun, Honda Malaysia akan terus memberi khidmat selepas jualan di seluruh negara dan menggalakkan para pengguna memuat turun aplikasi HondaTouch bagi membuat temu janji dan mengelak masa menunggu yang lama.

Para pelanggan dinasihatkan supaya tidak datang terus ke pusat servis (walk-in) dan membuat temu janji terlebih dahulu (dalam radius 10 km dari rumah) untuk memastikan kenderaan mereka diselenggara.

Honda Malaysia dijangka akan memulakan semula operasi pada 15 Jun 2021.

Google ads
Back to top button