Buletin

PERJALANAN RENTAS NEGERI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PERLU DAPAT KEBENARAN POLIS

Mereka yang hendak membuat perjalanan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak polis.

Kerajaan semalam mengumumkan perintah berkenaan berkuatkuasa mulai esok (18 Mac) hingga 31 Mac 2020 dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Hari ini, Malaysia mencatatkan dua kematian pertama akibat virus berkenaan. Manakala 120 kes jangkitan baru dicatat pada hari ini.

Ini menjadikan angka keseluruhan jangkitan mencecah 673 orang.

Dalam satu sidang media khas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador menyatakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk mengawal pergerakan orang ramai dari satu negeri

“Penguatkuasaan ini amat perlu kerana kami yakin ia dapat menyekat penularan wabak COVID-19. Jadi, apa yang perlu dibuat oleh orang ramai apabila timbul keperluan untuk balik ke Perlis atau Sabah misalnya, boleh maklumkan kepada ketua balai terdekat.

“Kami akan berikan dokumen yang menjelaskan pembawa dokumen ini telah memaklumkan kepada pihak polis dia perlu membuat perjalanan tersebut. Kami sedang sediakan borang-borang untuk diedarkan di 156 balai polis daerah dan berates-ratus lagi balai polis lain.

“Selain daripada itu, tiada apa yang perlu dibimbangi oleh orang ramai. Peranan polis adalah untuk membantu Kementerian Kesihatan. Saya menyeru kepada semua supaya ikhlas dan tidak mengambil kesempatan untuk sengaja keluar,” kata Hamid.  

Kepada yang tidak berhajat sila berada dalam rumah masing-masing, JANGAN KELUAR melainkan untuk tujuan terdesak dan penting sahaja.

Arahan Ketua Polis Negara

Sidang Media 17.3.2020

Google ads
Back to top button