Buletin

COVID-19: PENGHANTARAN KERETA BAHARU, SERVIS PERODUA DITANGGUH SEHINGGA 31 MAC 2020

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk menangani pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara, Perodua akan menangguhkan semua operasinya.

Langkah itu melibatkan operasi di ibu pejabat, fasiliti pengeluaran, pusat-pusat jualan dan servis serta pusat-pusat Badan & Cat di seluruh negara dari 18hb-31hb Mac 2020, atau tertakluk kepada sebarang pengumuman baharu daripada pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, penghantaran kenderaan baharu, servis serta perkhidmatan Badan & Cat dijangka beroperasi semula hanya selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.

Kakitangan cawangan Perodua yang berkenaan akan menghubungi pelanggan-pelanggan dalam tempoh ini sekiranya perlu untuk memberi penjelasan dan makluman mengenai situasi ini. Kami amat menghargai kesabaran anda buat masa ini.

“Kami berharap agar semua rakyat Malaysia dapat memberikan kerjasama penuh dengan mengikuti segala arahan kerajaan serta mengehadkan pergerakan sebanyak mungkin untuk mengelakkan daripada dijangkiti COVID-19,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan media rasmi

Jika mengalami sebarang isu dengan kenderaan dalam tempoh ini, pelanggan boleh menghubungi talian bebas toll Perodua Auto Assist, 24 jam sehari, 7 hari seminggu di 1-800-88-5555.

Google ads
Back to top button