" "
Artikel PilihanBuletin

PERJUMPAAN NISSAN SKYLINE DAN GT-R TERBESAR DI TANAH ARAB

Agak mengganggu fikiran juga bila kami sedar yang peminat kereta dari benua Arab sudah mula cenderung mengimport masuk Nissan Skyline GT-R ke negara mereka. Ye lah, kalau difikirkan logik, sangat tidak seronok memandu kereta RHD (Right Hand Drive) di sebuah negara pemanduan LHD (Left Hand Drive). Tapi kisah arab adalah tentang minat dan duit.

Ini adalah perjumpaan nissan Skyline dan GT-R terbesar yang menghimpunkan barisan “godzilla” JDM bertempat di Ras Al-Khaimah, di bahagian utara Tanah Arab. Terletak 122km dari Dubai, sudah tentu, kita boleh jangka apa yang dimiliki oleh peminat kereta dari sana.

Mungkin kereta-kereta sports Itali dan Amerika terlalu eksotik (atau mereka memang dah bosan), sekelompok peminat JDM mula menghimpunkan kereta-kereta Skyline dan Nissan GT-R. Mungkin anda tak rasa benda ini sesuatu yang pelik tetapi bagi kereta yang dibina khas untuk pasaran Jepun sahaja, Skyline R32 dan R34 hanya dibuat untuk pemanduan stereng sebelah kanan.

Dari beberapa kenalan yang kami tanya, di sebelah benua Arab, kereta-kereta Jepun kini mula jadi trend di sana. DI Jepun, banyak agensi membida harga kereta lelong di luar keupayaan pembeli Asia (Malaysia), Amerika, malah orang Jepun sendiri.

Kereta-kereta seperti Hakosuka, 240Z semakin popular di sana dan dengan permintaan yang semakin meningkat, tak mustahil satu masa nanti kereta-kereta ini akan pupus di bumi Jepun sendiri.

Kau tengok je lah sendiri. BNCR34 dalam video ni pun bukan model biasa-biasa. ada Nur, ada LM Nismo Spec. Semua jenis yang orang Jepun sendiri pun terliur kalau tengok!

BACA: SUASANA LOT LELONG KERETA DI JEPUN

BACA: BILA JDM MEMBOSANKAN, INI GILIRAN SUPERCAR ITALI

 

 

Google ads
Back to top button