Buletin

MITSUBISHI ECLIPSE-CROSS, SUV PILIHAN BARU ANTARA ASX DAN OUTLANDER

Mitsubishi Motors membuat pengumuman awal akan kehadiran model SUV terbaru mereka dalam pameran Motor Geneva yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Dikenali dengan nama Eclipse Cross, ia menampilkan rekabentuk yang selari dengan model konsep yang pernah diperkenalkan oleh Mitsubishi sebelum ini.

Gambar teaser ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak banyak lari daripada rekaan Mitsubishi XR-PHEV yang didedahkan pada 2013, sebelum dikemas kini menjadi XR-PHEV II pada Februari 2015.

Lampu utamanya dipasang pada posisi yang agak tinggi dan bersambung dengan satu bar lampu berwarna merah. Sementara gril bersaiz besar mendominasi fascia hadapan yang turut dipasang dengan sepasang lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Eclipse Cross diposisikan antara Mitsubishi ASX dan Outlander. Ia 50mm lebih panjang, 5mm lebih lebar dan 45mm lebih tinggi dari ASX. Bagaimanapun, titik rodanya sama pada ukuran 2670mm.

Nama Eclipse sebenarnya pernah digunakan oleh MMC untuk model coupe popular yang dijual di pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1989. Manakala perkataan Cross pula ialah singkatan kepada crossover.

Ia akan dipasangkan dengan enjin 2.2 turbodisel untuk varian Eclipse Sport dan dipacu oleh transmisi automatik lapan kelajuan generasi baru. Sementara itu, pilihan enjin 1.5 liter petrol turbo juga ditawarkan yang digandingkan dengan transmisi CVT lapan kelajuan dengan mod Sport.

Eclipse Cross juga akan dipasangkan dengan sistem pacuan empat roda Super All Wheel Control (S-AWC) yang digabungkan bersama Active Yaw Control. Ia didatangkan dengan sistem tork akrif yang membahagikan daya kilas secukupnya pada roda belakang apabila diperlukan.

BACA: YUNA JDI DUTA MITSUBISHI ASX

BACA: PERJALANAN 100 TAHUN MITSUBISHI

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button