PERLUMBAAN SLOT CAR – GAJET PERLUMBAAN PALING CANGGIH GENERASI SUNAT BATANG PISANG
Zaman makin berubah dan permainan yang menjadi kegilaan ramia satu ketika dahulu kini semakin dilupakan. Jangankan mainan fizikal biasa, basikal pun anak abang dah tak minat kayuh dik. Semua main permainan atas talian je sekarang. Namun satu ketika dahulu, slor car adalah raja permainan perlumbaan kereta.
Ia paling canggih sebelum kedatangan permainan keluaran Atari ataupun Nintendo (tak kenal sila gugel sendiri). Ia memang permainan perlumbaan yang sesuai untuk peminat-peminat kereta macam kami semua semasa kecil. Yang penting badan tak sakit kalau kalah pun.
Slot car ialah permainan perlumbaan kereta mainan bersaiz kecil yang dimainkan di atas litarnya yang tersendiri. Ia digelar slot car kerana pada bahagian tengah litar terdapat slot ataupub alur yang gunakan untuk memastikan kereta meluncur laju di atas litar.
Setengah kereta digunakan menyamai kereta sebenar mengikut jenama dan model tapi ada juganya yang tidak menyamai mana-mana model (jenis tak nak bayar kepada pemilik hak dagangan la tu).
Ia dikawal menggunakan alat kawalan yang menggunakan kuasa bateri. Sebenarnya permainan ini agak kuat memakan bateri lebih-lebih lagi kalau yang mampu memuatkan banyak kereta dalam satu masa.
Kereta slot car tidak menggunakan bateri seperti kawalan jauh biasa tapi mendapat kuasa dari sentuhan terus pada litar menerusi dua penyambung pada bahagian bawah kereta. Kira macam sistem kereta api elektrik la ni.
Set permainan yang digunakan di rumah agak kecil dan mampu milik tapi ada juga set yang besar lengkap dengan suasana litar miniatur yang sesuai dengan bajet anak-anak kayangan satu ketika dahulu.
Ia cukup popular di Amerika Syarikat sekitar tahun 60 dan 70 an dan dianggarkan terdapat hampir 3,000 litar awam khusus untuk permainan ini. Kat sini tak pernah pula dengar ada pertandingan seumpamanya diadakan.
Sama seperti kereta kawalan jauh, slot car juga boleh diubahsuai jika anda ingin menyertai pertandingan. Penukaran motor elektrik adalah perkara biasa untuk menambah kelajuan.
Populariti permainan ini mula menurun menjelang tahun 70 an akibat saingan dari kereta kawalan. Ia lebih maju berbanding slot car yang menggunakan kawalan yang menggunakan kabel elektrik. Macam alat kawalan PlayStation 1 dan 2 dulu tu.
Sekarang kalau jumpa set permainan ni kat rumah atuk atau pakcik korang baik simpan elok-elok. Sekarang dah jadi berharga balik di kalangan pengumpul. Silap-silap boleh buat duit tu.