Buletin

PERODUA AKUI GAGAL CAPAI SASARAN JUALAN 214K UNIT KENDERAAN BAGI TAHUN 2021

Dalam siaran media yang dikongsi sempena pelancaran Perodua Myvi baharu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengakui pihaknya tidak akan dapat mencapai sasaran jualan 214,000 unit kenderaan seperti yang ditetapkan sebelum ini. 

Mengulas mengenai prospek industri secara keseluruhan pada tahun ini, Zainal berkata cabaran yang

dibawa oleh pandemik COVID-19 masih ada. Sekali gus memberi kesan kepada pengeluaran kenderaan yang kerap tergendala dalam usaha menghentikan penyebaran virus tersebut.

Kekurangan bekalan cip semikonduktor juga masih menjadi isu bagi para pengeluar di seluruh dunia. Ini kerana pembuat cip bergelut untuk memenuhi permintaan,

“Cabaran-cabaran ini telah menjejaskan jumlah pengeluaran Perodua. Kami tidak dapat mendedahkan berapa banyak impak pada masa ini, tetapi cukup untuk kami nyatakan bahawa Perodua tidak akan dapat mencapai sasaran jualan seperti yang ditetapkan.

“Walaupun begitu, permintaan ke atas kenderaan Perodua masih kukuh dengan jumlah pesanan yang tinggi. Selain jangkaan permintaan yang positif pada masa hadapan berikutan pengecualian cukai jualan yang telah dilanjutkan. 

“Jadi, kami menjangkakan aspek pengeluaran dan jualan akan pulih pada tahun hadapan,” jelas Zainal.

Google ads
Back to top button