Buletin

PERODUA TAWAR AKSESORI GEARUP UNTUK MYVI 2021. HARGA ITEM BERMULA RM100

Perodua Myvi facelift sudahpun dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia. Hadir dalam lima varian, model kompak popular itu boleh anda miliki pada harga bermula RM45,700  seunit. 

Seperti kebiasaannya, Perodua akan menawarkan aksesori original untuk model baharu dan  Myvi tidak terkecuali. Jadi, bagi pelanggan yang mahu membuatkan Myvi mereka tampil lebih sporty, mereka boleh memilih barangan yang ditawarkan oleh GearUp. 

Apa yang lebih menarik, harga barangan GearUp boleh dimasukkan sekali ke dalam harga kereta ketika hendak membuat pinjaman daripada bank. Jom kita lihat apa yang ada dalam senarai GearUP untuk Myvi 2021. 

Perodua menawarkan aksesori ini dalam dua pakej iaitu Illumination pada harga RM450 dan pakej Utility berharga RM360. Pakej Illumination terdiri daripada LED scuff plate dan lampu lantai. Manakala pakej Utility pula melibatkan visor pintu,  luggage tray dan karpet lantai. 

Anda juga boleh membeli barangan-barangan lain secara berasingan. Antara aksesori yang ditawarkan ialah pelapik tempat duduk (RM745), LED sciff plate (RM260), kunci nut roda (RM200), perakam video digital (RM500) dan banyak lagi. 

Lihat senarai barangan di bawah:  

GALERI

Google ads
Back to top button