Buletin

PERODUA EZ MOBi – PAKEJ LANGGANAN UNTUK SYARIKAT DAN AGENSI KERAJAAN

Dalam perkembangan berasingan, Perodua turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan langganan kenderaan dengan pelbagai nilai tambah dikenali sebagai Perodua EZ MOBi.

Perkhidmatan itu akan membantu syarikat-syarikat menguruskan fleet kenderaan dari segi perolehan, servis dan penggantian.

Pada dasarnya, EZ MOBi merupakan inisiatif Perodua dalam memenuhi keperluan mobiliti para pelanggannya yang semakin meningkat. 

Pakej keseluruhan termasuk pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penggantian di bawah satu pelan langganan. 

Salah satu keunikan Perodua EZ MOBi ialah pelan langganannya yang merangkumkan semua perbelanjaan melibatkan kos pemilikan dan pengendalian kenderaan, kecuali bahan api.

Buat masa ini, perkhidmatan baharu itu tersedia di Lembah Klang, hanya untuk syarikat perniagaan dan agensi kerajaan.

Google ads
Back to top button