Buletin

MMM LAKSANA TIGA KEMPEN PEMBAIKAN – INFLATOR BEG UDARA, GEGELUNG GAS DAN MOTOR PENGGILAP CERMIN 

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini meminta pemilik 128 unit Mitsubishi Pajero Exceed yang dikilangkan dari tahun 2010 hingga 2014 untuk menukar inflator beg udara pemandu.

Beg udara itu mungkin akan mengeluarkan serpihan besi apabila diaktifkan dan boleh mencederakan pemandu. Langkah ini adalah sebahagian daripada kempen panggilan semula beg udara Takata.

PROMOSI RAYA ISTIMEWA MITSUBISHI

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Jadi, MMM melaksanakan inisiatif ini untuk memastikan keselamatan pengguna. Kami memohon maaf atas kesukaran yang berlaku,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Dalam perkembangan berkaitan, MMM turut mengadakan dua kempen pembaikan. Kempen pertama melibatkan gegelung gas belakang untuk SUV kompak ASX dan Pajero Sport yang dikilangkan dari tahun 2010 hingga 2015 dan 2010-2016. Kempen ini akan menukar gegelung gas yang rosak akibat saduran anti-karat yang tidak betul.

Satu lagi kempen adalah untuk motor penggilap cermin ASX. Masalah itu boleh menyebabkan kemasukan air dan karat pada alat-alat dalaman motor penggilap dan ia tidak dapat berfungsi.

MMM akan menghantar surat notifikasi kepada semua pemilik Mitsubishi yang terlibat. Semua kos akan ditanggung oleh MMM. Pelanggan diminta membuat temu janji di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi Motors.

Untuk senarai pusat servis dan maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian: 1-800-18-6611

Google ads
Back to top button