Buletin

PERODUA BEZZA 1.0L AUTO KINI DI SRI LANKA – RM103K

Adakah tajuk artikel ini silap? Adakah saya memerlukan kaca mata? Adakah apa yang ada baca ini betul?

Jawapannya ialah iya, Perodua Bezza 1.0L Automatik dijual pada LKR 3.69 juta. 

Jika ditukar kepada kadar tukaran semasa, nilainya ialah RM 103,162.29.

Lebih menarik, Sri Lanka sebenarnya adalah pasaran eksport terbesar Perodua di dunia dan Bezza baru sahaja dilancarkan di sana kelmarin.

Unimo Enterprises Ltd. adalah pengimport rasmi kenderaan Perodua di Sri Lanka dan selain Bezza, mereka turut menjual Perodua Axia.

Perodua Bezza MDM – Malaysian Domestic Model

Dan Unimo telah menjalankan tugas mereka dengan baik apabila pada tahun 2016 telah menjual sebanyak 1,400 unit Perodua Axia di sana. Secara keseluruhan, kira-kira 14,000 unit kenderaan Perodua telah terjual di Sri Lanka bermula dari 1997 sehingga Mei 2017.

Sejak tahun 1997 juga, Perodua telah mengeksport lima buah model ke Sri Lanka iaitu Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan Bezza.

Unimo juga percaya Perodua Bezza akan diterima baik di Sri Lanka memandangkan ia dilengkapi pelbagai kombinasi menarik seperti luas, direka dengan baik, jimat bahan api dan serba boleh.

Selain daripada itu, Perodua juga sedang mengkaji pasaran eksport baharu untuk model keluarannya.

Dari Januari hingga Mei 2017, Perodua telah mengeksport 1,600 unit kenderaan ke enam buah negara. Lebih menarik, Perodua Myvi turut dipasarkan di Indonesia di bawah jenama Daihatsu Sirion.

Lagi cerita menarik tentang Perodua:

PERODUA MODERNO – KISAH CINTA DUA BENUA

SUV MAMPU MILIK: PERODUA KEMBARA, LASAK DAN BOLEH DIHARAP

Google ads
Back to top button