Motosikal

MV AGUSTA F4 RR HELLO KITTY – COMEL TAK?

Berita tentang masalah kewangan dan hampir bankrap MV Agusta bukan lagi satu rahsia. Namun pengeluar jentera dari Itali itu nampaknya tidak patah semangat.  

hello-kitty-F4-RR-mekanika (1)

Difahamkan syarikat berkenaan merencana mengeluarkan edisi-edisi terhad dalam menangani masalah tersebut. Sebab itulah mereka muncul dengan model Hello Kitty F4 RR. MV Agusta kemudian bakal nelancarkan Deadpool Dragster 800 RR sebagai edisi khusus berikutnya.

Tampil feminin dengan warna merah jambu, jentera ini nyata berbeza berbanding sportbike biasa.

Jika biasanya sportbike hadir dengan warna seperti merah dan hitam, F4 RR Hello Kitty lebih ayu dengan grafik hati dan reben pada badannya. Kartun Hello Kitty ditempatkan pada bahagian tengah fairing. Cukup ideal buat para gadis.

Difahamkan ini adalah strategi baharu MV Agusta untuk meningkatkan angka penjualan. Rupa-rupanya strategi ini cukup unik dan menjadi kerana berjaya menarik ramai peminat. Salah seorang yang telah menempah model itu ialah penyanyi terkenal, Justin Bieber.

Mekanikalny,  F4 RR Hello Kitty adalah sama dengan model standard. Ia dilengkapi enjin  995cc yang mampu menghasilkan kuasa 200hp dan tork 109Nm. Meskipun sudah dilancarkan,  MV Agusta masih belum mengumumkan harga jualan model tersebut.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button