Buletin

PERODUA LANCAR BEZZA EDISI TERHAD, 50 UNIT SAHAJA!

Pada pembukaan acara Malaysia Autoshow 2019 pagi ini, kami terus ke booth pertama yang menampilkan kenderaan Perodua. Seperti yang dijanjikan semalam, Perodua mempersembahkan sebuah model edisi terhad yang dibina di atas platform Bezza.

Dikenali dengan nama Bezza Limited Edition, model ini memang ditawarkan kepada umum untuk jualan. Ya. Ia tak sama seperti Myvi GT yang dipamerkan pada pameran KLIMS hujung tahun lepas yang lebih khusus untuk pameran sahaja.

Apa yang berbeza?

LUARAN

  • Dipasangkan dengan bodykit Gear-up Dynamic dengan kemasan akhir warna hitam matte.
  • Rim aloi dengan kemasan “Dark Grey”
  • Bumbung berwarna hitam.
  • Cermin sisi yang dikemaskan dengan warna merah
  • Warna Ivory white

DALAMAN

  • Sarung kerusi Gear-up dengan benang merah
  • Konsol penghawa dingin merah
  • Karpet lantai Gear-up

ENJIN

  • Tiada perubahan, 1,300 cc
  • Transmisi automatic

HARGA

  • RM44,890.00 (atas jalan tanpa insurans)

BACA: PERODUA MYVI GT @ KLIMS 2018

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button