Buletin

PERODUA RASMIKAN KILANG EEV PERTAMA DI M’SIA

Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB) telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini.

Perodua-EEV-plant-mekanika (1)

PGSMB merupakan kilang automotif EEV bertauliah yang pertama di Malaysia. Ini menjadi langkah seterusnya buat Perodua untuk menjadi pengeluar kenderaan bertaraf dunia.

Memulakan pembinaan pada Mac 2013, kilang ini memiliki keluasan 64,000 meter persegi. Ia melibatkan pelaburan berjumlah RmM1.3 bilion.

Perodua-EEV-plant-mekanika (3)

“PGMSB merupakan salah satu inisiatif transformasi utama Perodua untuk menjadi jenama yang kompettitif di peringkat global dari segi kualiti, pengurusan kos dan penghantaran,” kata Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Menurut Asmat lagi, pengeluar kenderaan nasional perlu memiliki penguasaan pasaran sebanyak 45 peratus. Ini bagi merancakkan lagi perkembangan vendor tempatan, selain sebagai persediaan untuk mampu mengeksport produk keluaran mereka ke pasaran global.  Perodua  kini dianggarkan menguasai 32 peratus pasaran automotif di Malaysia.

Perodua-EEV-plant-mekanika (4)

Kilang itu memulakan produksi pada Ogos 2014. Sehingga Disember 2015, ia telah menyerahkan sebanyak 138,000 unit Perodua Axia kepada pelanggan di seluruh negara. Reka bentuk, teknologi dan konsep kemudahan kilang ini berdasarkan kepada falsafah “Simple, Slim & Compact”.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button