Buletin

PERODUA SENTRAL DIBUKA SECARA RASMI

Perodua baru-baru ini membuka pusat sehenti  utamanya di Petaling Jaya.

perodua-sentral-mekanika (2)

Dikenali sebagai Perodua Sentral, ia menawarkan pelbagai perkhidmatan demi kemudahan semua pelanggan Perodua.

“Perodua Sentral adalah bukti inisiatif transformasi kami untuk menjadi lebih kompetitif di peringkat global. Bangunan ini memiliki kemudahan terbaik kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

perodua-sentral-mekanika (3)

Perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir ialah Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Pengarah Besar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.

Ciri terbaik Perodua Sentral adalah penggunaan methodology ‘operasi mono’. Ia mengintengrasikan operasi jualan dan servis di bawah seliaan seorang pengurus cawangan untuk memudahkan pelanggan.

perodua-sentral-mekanika (4)

Selain ruang pameran dan servis, Perodua Sentral turut dilengkapi sebuah kaunter JPJ, sebuah kafe, mesin ATM seta perkhidmatan kenderaan terpakai (POV) untuk pelanggan yang ingin menukar kereta sedia ada kepada Perodua.

Melibatkan kos sebanyak RM36 juta, Perodua Sentral memiliki keluasan 15,700 meter persegi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button