Buletin

PERODUA SUDAH SERAH 28,000 UNIT MYVI KEPADA PELANGGAN SETAKAT INI

Perodua hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan 28,000 unit Myvi – hamir separuh daripada 60,000 tempahan yang diterima setakat ini.

Bagi memastikan penghantaran yang lebih lancar dan pantas, Perodua meminta pelanggan yang telah membuat tempahan agar mendaftarkan kenderaan masing-masing secepat mungkin.

Ini bagi mengelakkan berlakunya kelambatan, terutama ketika musim Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka kepada Myvi. Kami akan terus cuba untuk memendekkan tempoh penghantaran Mybi kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Dato’ Dr Zahari Husin.

Pelanggan yang membuat tempahan sekarang dijangka mereka Myvi masing-masing sebelum Hari Raya. Sehingga kini, Perodua berjaya memenuhi semua tempahan yang dibuat pada tahun 2017.

myvi 2017

Berdasarkan kepada permintaan yang memberangsangkan, Perodua menjangkakan  perkongsian pasarannya pada Februari akan melebihi 41 peratus dengan 17,100 kenderaan berjaya dijual berbanding jangkaaan TIV sebanyak 41,100 unit. 

Daripada 17,100 unit itu, 6,500 ialah Myvi, 5,000 Axia, 3,700 Bezza dan 1,900 Alza.

Perodua mensasarkan untuk menjual 209,000 unit kenderaan pada tahun ini, naik dua peratus berbanding 204,900 unit pada tahun 2017.

Google ads
Back to top button