Motosikal

BMW F 750 GS & F 850 GS 2018 – ENJIN BAHARU, LEBIH BANYAK MODE TUNGGANGAN

Sejak melakukan debut pada tahun 2007, model GS daripada F Series telah berjaya menarik perhatian penunggang yang mahukan sebuah jentera adventure kelas pertengahan.

Selepas sepuluh tahun berada di pasaran dengan pembangunan produk yang konsisten, BMW Motorrad akhirnya memperkenalkan model GSF Series baharu. Ia telah direka bentuk semula sepenuhnya bersama teknologi termaju untuk menjadi sebuah motosikal yang sesuai untuk apa sahaja tujuan pengembaraan anda.

Berbanding model terdahulu, BMW F 750 GS dan F 850 GS 2018 disasarkan untuk pelanggan yang lebih spesifik.

BMW F 750 GS baharu direka untuk penunggang yang mahukan pelana lebih rendah, kuasa dan kos yang efektif. Sementara F 850 GS pula menawarkan lebih kuasa dan tork, bersama karekteristik tersendiri dan keupayaan mengharung laluan yang mengagumkan.

Kedua-dua jentera itu kini menggunakan enjin dua silinder sebaris baharu yang lebih berkuasa. Enjin bersesaran 853cc itu mampu menjana kuasa 77hp dan tork 83Nm untuk BMW F 750 GS serta 95hp dan tork 92Nm (F 850 GS).

Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak geat enam kelajuan.

Mode tunggangan

Bagi memberi lebih keseronokan ketika menunggang, model GS baharu tu dilengkapi mode tunggangan Rain dan Road sebagai ciri standard. Kombinasi ciri BMW Motorrad ABS dan Kawalan Kestabilan Automatk (ASC) pula menjamin tahap keselamatan lebih tinggi.

BMW F 750 GS dan F 850 GS boleh dipasang dengan peralatan tambahan seperti mode-mode tunggangan Pro. Ia menawarkan mode tunggangan Dynamic, Enduro dan Enduro Pro (ada pada F 850 GS sahaja). Selain ciri kawalan cengkaman dinamik (DTC) dan ABS Pro.

Ketepatan tunggangan disumbangkan oleh binaan kerangka steel bridge monokok. Tahap keselesaan ditingkatkan menerusi penggunaan suspensi jenis fork teleskopik terbaik untuk roda hadapan dan lengan ayun aluminium di belakang.    

Penunggang juga boleh memilh pelaras suspensi elektronik dan kluster instrumen TFT bersaiz 6.5 inci. Harga untuk dua motosikal baharu itu bagaimanapun tidak diumumkan. 

GALERI

Google ads
Back to top button