Buletin

PERODUA SUMBANG BEKALAN KEPADA MANGSA BANJIR

Dalam usaha mengurangkan beban mangsa banjir, Perodua telah mengagihkan bantuan bernilai RM40,000 dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

perodua-banjir-mekanika (2)

Antara barangan yang disumbangkan termasuklah beg tidur, makanan dan air bersih. Sejak kerjasama dimulakan pada 19 Disember, Perodua dan MKN aktif mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa banjir di kawasan-kawasan yang terjejas teruk terutama di Kelantan dan Terengganu.

Selain barangan, Perodua ada menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua. Ini termasuklah khidmat menunda, diskaun sebanyak 20 peratus ke atas alat-alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma.

Perodua juga mengecualikan kos menunda sehingga RM100 untuk membawa kereta yang rosak ke pusat servis Perodua terdekat. Perodua kini mempunyai 176 pusat servis di seluruh negara.

perodua-banjir-mekanika (1)

“Kami akan terus memantau situasi banjir, selain memberi sokongan sewajarnya untuk meringankan beban mangsa banjir. Bantuan ini akan melibatkan kakitangan, pengedar, vendor, pelanggan dan orang ramai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Perodua,  Datuk Aminar Rashid Salleh.

Di samping mengadakan solat hajat dan doa selamat, Perodua mempunyai pasukan sukarelawan yang akan membantu membersihkan rumah serta kawasan yang terjejas.

Untuk bantuan, sila hubungi talian tol percuma Perodua: 1800-88-6600

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button