Buletin

HONDA MALAYSIA BANTU MANGSA BANJIR

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan Program Bantuan Banjir kepada semua pelanggan Honda yang terjejas akibat banjir.

honda-banjir-mekanika (2)

Program ini membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembelian semua alat ganti tulen. Berlangsung sehingga 31 Mac 2015, inisiatif ini pastinya dapat meringankan beban semua mangsa banjir.

Para pelanggan dinasihatkan supaya membawa bersama laporan polis mengenai kerosakan kereta mereka dan cover note insurans ke mana-mana pengedar Honda di kawasan yang terjejas bagi membolehkan kenderaan dinilai serta dibaiki sebaik sahaja banjir surut.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian percuma Honda 1-800-88-2020.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button