Motosikal

VESPA LT 150 3V IE – RM9,888

Ingin meneruskan momentum yang dicipta oleh Vespa Primavera, pengear tunggal motosikal jenama Vespa di Malaysia, NAZA Premira Sdn. Bhd.  (Naza Premira) melancarkan pula model Vespa LT 150 3V IE. 

Vespa-LT-150-3V-IE-mekanika (20)

Model terbaharu dalam rangkaian Vespa itu dipertontonkan kepada media pada majlis pengenalan Aprilia Shiver 750 yang lalu.

Mengekalkan penampilan klasik, Vespa LT 150 3V IE bagaimanapun dijana oleh rangkaian kuasa yang moden. Jentera itu menggunakan khidmat enjin tiga silinder dengan sistem penyejukan udara.

SONY DSC

Ia bukan sahaja berkuasa, malah 30 peratus lebih jimat berbanding enjin terdahulu. Jika ditunggang pada kelajuan 50 km/j secara berterusan, skuter itu boleh mencatat penggunaan bahan api sekitar 55km/l.

Enjin yang dilengkapi sistem pancitan bahan api itu mampu menghasilkan sehingga 8.7 kW @ 7,500rpm dan tork maksimum 12Nm @ 5,000rpm. Jadi, ia pasti menjanjikan tunggangan yang santai dan menyeronokkan.

SONY DSC

Bagi meningkatkan aspek keselamatan, tongkat Vespa LT 150 3V IE dipasang dengan sistem anti-start. Maksudnya, penunggang perlu menaikkan tongkat sebelum boleh menghidupkan enjin.

Ditawarkan pada harga RM9,888 (harga asas), varian ini tampil dengan beberapa perbezaan berbanding model Vespa Primavera. Antara yang paling ketara ialah tempat duduk dua tona, lengkap bersama sulaman logo Vespa. Ia juga dilekatkan dengan bendera Itali pada kedua-dua bahagian sisinya.  

SONY DSC

Jika Vespa Primavera terasa lebih solid dengan binaan besi pada bahagian ‘dalamannya’, varian Vespa LT 150 3V IE bagaimanapun menggunakan plastik berwarna hitam. Namun, jangan bimbang kerana ia tidaklah membuatkannya nampak murah.

Hanya dua warna ditawarkan iaitu merah dan oren. Tetapi, pembeli boleh sahaja menukar warna luarannya mengikut kegemaran mereka dengan sedikit bayaran tambahan.

SONY DSC

Menurut Vespa Malaysia, pihaknya menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan. Ini kerana semakin ramai menyedari bahawa Vespa ialah satu jenama gaya hidup, bukan sekadar satu bentuk pengangkutan sahaja.

“Volum jualan pada tahun 2014 sudah melebihi sasaran dengan peningkatan sebanyak 240 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.  

SONY DSC

Buat masa sekarang, Vespa Malaysia mempunyai 18 pengedar sah di Semenanjung Malaysia yang lengkap bersama identiti korporat Vespa. Demi mengukuhkan lagi kehadiran jenama ini, Naza Premira ingin menjemput mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengedar Vespa di Semenanjung dan Malaysia Timur.
[hr]GALERI 

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button