Modifikasi

PERODUA VIVA CONVERT AVY ’07

Kalau dibandingkan kronologi kereta-kereta Perodua sejak zaman Kelisa, ia memang tak lari jauh daripada produksi Daihatsu di Jepun.

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (1)

Sesungguhnya, K-car adalah dunia yang berbeza sama sekali dengan kereta-kereta yang dibuat khusus untuk laju, autoshow ataupun oldskool.

K-Car ada kat Malaysia je pun, mungkin Hong Kong paling jauh. Di Amerika kalau ada Daihatsu nescaya akan ada K-Car ni, tapi apakan daya tak dibawa masuk. Di United Kingdom ada juga kereta-kereta mikro macam ni, tapi dalam scene modifikasi memang mati terus lah. Gila kau bayangkan Wayne Rooney naik Viva, dah serupa popcorn dalam balang kot.

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (20)

Satu benda yang pasti tentang K-Car ialah tahap versatilitinya. Kereta ni walaupun dah dimodified dengan semua barang JDM, masih lagi praktikal digunakan seharian. Apa yang tak praktikalnya adalah bila lalu road block. Abang J memang suka sangat nampak kaler-kaler fluorescent K-Car. Dari jauh lagi tangan diorang melambai-lambai ajak berenti tepi berborak.

Kita mungkin terlalu biasa didedahkan dengan salin enjin pada Viva tetapi ada lagi 1 cara yang menongkah arus iaitu memasukkan enjin VTEC. OK tipu. Kereta ni masih menggunakan rim asal 1.0cc tapi dengan sistem hybrid turbo.

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (2)

Blok asal kereta ni direbore untuk dapatkan saiz 73mm, iaitu saiz piston kompresi rendah Nissan March K10. Ini sangat penting kalau nak dapatkan boost normal.

Kalau piston asal dengan sistem bolt on turbo ni paling tinggi boost pun 0.4 bar je lah kot. Turbo sederhana besar ini mampu mengekstrak sehingga 1.4 bar. Tetapi semua tu kenalah cukup dengan sistem sokongan lain.

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (12)

Sebuah penyuntik 290cc tambahan dari YRV dipasang. Kepala silinder dibuat port dan polish. Sementara peralatan tambahan termasuklah blow -off HKS SSQV, intercooler Greddy, radiator alumnium double layer, plug Denso Iridium, fuel pump Evo III, fuel regulator Works dan sebuah oil catch tank luaran.

Enjin diselia secara teratur oleh ECU bypass APEXi AFC neo piggyback yang dipasang dengan sistem pendawaian lengkap. Sistem transmisi bagaimanapun belum diusik. Akhir sekali ialah sistem ekzos straight pipe berukuran 2.0 inci dengan peredam bunyi Apexi.

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (19)

Nah. Bila dah buat sampai ke tahap ni, kelajuan ada faktor yang kritikal untuk diseimbangkan dengan keselamatan enjin. Kalau korang biasa dengan enjin-enjin BOT atau sleeve blok atau rebore, biasanya ketahanan enjin akan berkurangan.

Jangan sesekali paksa enjin over rev, sebab blok yang menahan piston tadi dah nipis. Sistem penyejukan macam radiator dwi lapisan ni sangat penting untuk menurunkan suhu pada paras yang ideal. Tak guna buat enjin power akhirnya rev meletop.

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (13)

K-Car yang sempurna tentulah kena ada bodykit dan warna yang boleh mengancam kehidupan K-Car lain. Kereta ini dipasang dengan bodypart Viva Avy model 2007. Model terakhir Avy lah senang cakap. Kemudian seluruh badan kereta diwarnakan dengan warna oren terang. Ranggi dan nampak sukan dan kalau ada gathering barulah meriah!

Bahagian dalaman pun tak kurang hebatnya. Ia dilengkapi papan pemuka Avy 07′, tempat duduk dua tona Avy, speaker Alien Carrozeria, aksesori walnut, stereng Momo, walnut airbag dan susunan meter Defi penuh.

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (6)

Sudah jadi lumrah dalam kalangan peminat JDM untuks alin semuanya kepada spesifikasi asal Jepun seperti panel pintu dan karpet. Akhir sekali bumbung kanvas daripada kereta Mazda yang tak dapat dikesan model apa. Sampai sini pun tinggal bumbung sahaja dengan logo Mazda.

Pada pendapat saya, K-Car tidak akan mati selagi Perodua mengeluar kereta dan Jepun giat dalam industrinya. Di Jepun hari ini, pemilikan kereta sudah cenderung pada teknologi hibrid. Tiga model teratas dalam senarai jualan mereka adalah model hibrid. Namun, K-Car masih laris kerana praktikaliti saiz dan ekonomi.

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (8)

Saya tak sabar nak tunggu hasil usahama Proton-Suzuki nanti keluar kereta apa. Harap-harap Wagon R! Wagon R! Wagon R!

GALERI

Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (3)Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (4)Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (5)Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (7)Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (9)Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (10)Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (15)Perodua-Viva-Daihatsu-AVY-mekanika (21)

Google ads
Back to top button