Motosikal

MV AGUSTA – ZAGATO, BAKAL DILANCAR 4 SEPTEMBER DEPAN

Beberapa hari lepas, MV Agusta mendedahkan satu foto baru di laman facebook mereka dengan logo Zagato pada fairing sebuah motosikal yang agak samar rekabentuknya. Ia memberi gambaran awal tentang usahasama yang bakal terjalin antara 2 firma motosikal dan rekabentuk dari Itali ini ke pentas automotif dunia.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (3)

Proton pernah memiliki MV Agusta tak lama dahulu namun syarikat ini yang bergelut dengan masalah pentadbiran dan kewangan terpaksa dilepaskan. Kini, ia pegangan saham dimiliki sebahagiannya oleh Mercedes AMG. MV Agusta Amg Solarbeam adalah salah satu contoh hasil usahamasa yang terjalin menerusi model F4, satu-satunya senjata 1 liter yang dimiliki MV Agusta dalam persada supersport.

Belum ada kendengaran atau sebarang spyshot yang tersiar dari mana-mana media mengenai produk terbaru mereka dan sudah tentulah usahasama dengan Zagato menjadi tanda tanya. Tiada apa yang dapat diterjemahkan setakat ini selain menganggap bahawa kerjasama baru ini hanya akan didedahkan sepenuhnya pada 4 September nanti.

Terdapat gosip bahawa MV Agusta akan mendedahkan model baru yang bakal memecah rekod kelajuan darat. Namun tiada apa yang dapat dipastikan selain desas desus yang dimainkan sekitar media Eropah.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (8)

Sejak dimiliki AMG, angka jualan syarikat Itali ini meningkat agak drastik. Pada 2015, ia berjaya menjual 9,000 unit motosikal. Pasaran terbesar ialah di Britain dengan lebih 140 peratus peningkatan berbanding tahun 2014. Ia diikuti spanyol 54 peratus dan Jerman 26 peratus. Antara model penting yang signifikan termasuklah Turismo Veloce yang berjaya mengubah laras perniagaan mereka menjadi lebih variasi.

Awal tahun ini, pengedar MV Agusta tempatan, Mofaz Motosikal dan Chear Motor Sdn Bhd telah memperkenalkan rangkaian model 2016 ke pasaran tempatan. Kita juga boleh menjangkakan peningkatan pasaran tempatan hasil dari kerjasama baru ini dan kemunculan model-model baru sememangnya sangat dinantikan peminat motosikal seluruh dunia.

Google ads
Back to top button