Buletin

PERTANDINGAN SERVIS SELEPAS JUALAN PROTON – TAWAR WANG TUNAI RM50K!

Menjadi platform terbaik untuk kakitangan selepas jualan pamerkan kemahiran dan pengetahuan, Pertandingan Servis Lepas Jualan PROTON 2018 yang julung-julung kali diadakan berlangsung mulai semalam (20 Julai) hingga 19 Ogos 2018.

Pertandingan itu akan melibatkan ratusan kakitangan selepas jualan dari pelbagai cawangan pengedar PROTON. Mereka diuji bagi membuktikan kemahiran, kepantasan dan ketepatan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Merupakan sebahagian daripada inisiatif pengurusan bakat PROTON, pertandingan itu dilihat sebagai salah satu platform buat semua kakitangan selepas jualan di seluruh negara mempamerkan kualiti kerja dalam mengendalikan kereta-kereta pelanggan.

Pertandingan itu menawarkan lawatan insentif dan hadiah wang tunai bernilai RM50,000 kepada para pemenang.

“Pemenang akan diberi lawatan insentif ke Shanghai, China dan berpeluang untuk menjejakkan kaki ke ibu pejabat dan Pusat Penyelidikan Geely.

“Lawatan ini secara tidak langsung akan membuka mata juruteknik tempatan untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang keupayaan Geely dalam mereka bentuk dan membangunkan kenderaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Abdul Rashid Musa.

Di peringkat daerah, para peserta diberi tugas membaik pulih enjin. Mereka perlu  membuka dan memasang semula enjin Proton VVT dalam masa tiga jam. Peserta akan dinilai berdasarkan kepantasan, ketepatan dan kecekapan penyelesaian masalah sepanjang proses tersebut.

Google ads
Back to top button