Buletin

PESAING MX-5 MIATA

Tokyo Motor Show 2015 semakin hampir. Nampaknya setiap pengeluar mendedahkan sedikit demi sedikit model konsep yang akan dipamerkan.

TOYOTA-S-FR-mekanika (2)

Toyota Motor Corporation mengumumkan ketibaan salah sebuah jentera sportnya yang digelar sebagi  ‘baby 86′, Toyota S-FR. Kehadiran jentera itu bakal menjadi pesaing kepada roadster ikonik Mazda MX-5 Miata.

Model konsep Toyota S-FR merupakan kereta sport peringkat asas dengan pacuan roda belakang. Jika dilihat pada rekaannya, ia tampil klasik dan bulat. Sedangkan bahagian kabinnya memiliki rekaan menarik dengan penggunaan bentuk lingkaran dan kemasan berwarna kuning.

TOYOTA-S-FR-mekanika (3)

Toyota lebih selesa menampilkan rekaan ringkas bermula daripada kluster instrumen, corong pendingin hawa, skrin pendingin hawa digital, tombol kawalan dan beberapa perincian lain.

Daripada segi ukuran, S-FR memiliki panjang 3,990mm, lebar 1,695mm, tinggi 1,320mm dan jarak roda 2,480mm. Difahamkan di bawah hud model sport itu tersedia enjin 1.5 liter petrol empat silinder yang menghasilkan kuasa 130hp. Penghantaran kuasa ke roda dibantu oleh kotak gear manual 6-kelajuan.

TOYOTA-S-FR-mekanika (5)

Toyota juga mendakwa jentera menawarkan pecutan mantap, agihan berat yang saksama dan kelincahan maksimum, hasil daripada talaan khusus pada suspensi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button