Motosikal

DAINESE PERKENAL PAKAIAN DALAM

Pengeluar produk kelengkapan penunggang motosikal terkemuka dunia, Dainese melancarkan rangkaian pakaian dalam.  

Dainese-underwear-mekanika (1)

Pakaian tersebut dihasil menggunakan gabungan fabrik seperti Polyamide, Elastane dan Dryarn. Koleksi baharu itu direka untuk menawarkan penyerapan peluh yang efisien serta memastikan keselesaan maksimum kepada pemakainya.

Rangkaian produk D-Core Thermo dan D-Core Dry dicipta menggunakan kepakaran pemetaan tubuh Dainese. Ia menjanjikan prestasi yang terbaik ketika menunggang motosikal atau terlibat dalam apa jua aktiviti sukan.

Dainese-underwear-mekanika (3)

Ketika cuaca sejuk, pakaian D-Core Thermo memastikan tubuh kekal kering dan berada pada suhu yang tetap. Ia membolehkan kawasan tubuh yang cepat berpeluh mudah ‘bernafas’.

Dainese-underwear-mekanika (4)

Fabrik anti lipat dan tidak busuk yang digunakan pada rangkaian pakaian dalam Dainese ini 100 peratus dibuat di Itali.

Google ads
Back to top button