Pandu Uji

PAKEJ MENARIK MITSUBISHI TRITON 2015

Pengguna tempatan mula diperkenalkan dengan trak pikap daripada Mitsubishi menerusi model Storm pada lewat tahun 1980-an.

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (23)

Sebagai satu jenama yang sering dikaitkan dengan perlumbaan lasak seperti Rali Dakar, Mitsubishi sememangnya memiliki kepakaran dalam menghasilkan jentera 4×4 berkualiti tinggi.

Ia jelas terbukti pada semua model 4×4 keluarannya, tidak kiralah sama ada trak pikap atau SUV seperti Pajero.

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (24)

Populariti trak pikap Mitsubishi itu kian meningkat apabile Storm digantikan dengan model Triton pada tahun 2005. Sama ada kita sedar atau tidak, Triton sedikit sebanyak telah mengubah reka bentuk berkotak-kotak sebuah trak pikap kepada lebih bulat.

Dikenali sebagai J Line, reka bentuk pintu belakang Triton nyata berbeza. Harus tahu juga bahawa ia bukan sekadar rekaan, tetapi ia sebenarnya memberi lebih ruang dan keselesaan kepada penumpang belakang.

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (5)

Mei lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan pula Triton generasi kelima. Apa yang lebih menarik, trak pikap ini hadir bersama pelbagai ciri yang pertama dalam kelasnya. Sekali gus menjadikan Triton bertambah menarik untuk mereka yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah trak pikap.

Antara ciri yang dimaksudkan ialah butang penghidup enjin, operasi tanpa kunci, lampu HID Xenon dengan lampu nyalaan siang  (DRL), stereng boleh laras dan paddle shifter.

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (18)

Mahu menjangkau audien sebesar mungkin, MMM menawarkan Triton dalam lima varian. Bermula dengan varian bertransmisi manual (MT 4×4 dan Quest MT 4×2), varian VGT (MT dan AT 4×4) dan model paling atas iaitu VGT 4×4 bersama kotak gear automatik.

Semua varian itu dijana oleh enjin bersesaran 2.5 liter. Tetapi dibezakan menerusi sistem VGT Intercooler, DI-D Common Rail Turbocharged Intercooler atau DI-D Common Rail Turbocharged sahaja.

Triton-Media-Drive-mekanika (2)

Jadi, sudah tentu output kuasa yang dihasilkan berbeza. Namun, ia bergantung kepada keperluan dan kegunaan anda. Jika sekadar untuk tujuan kerja yang lasak, model paling asas (Quest 4×2) mungkin sudah memadai. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu hanya RM69,800 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Bagi mengetahui sendiri keupayaan Triton baharu ini, sekumpulan wartawan telah dijemput oleh MMM untuk mengikuti sesi pandu uji dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Perjalanan sejauh 427 kilometer itu melibatkan gabungan laluan di lebuh raya, off-road dan jalan kampung.

Triton-Media-Drive-mekanika (3)

Memang cukup untuk mengetahui keupayaan sebenar trak pikap yang menjadi model terlaris MMM ini.

Sudah agak lama tidak memandu model manual, saya teruja apabila dapat memulakan sesi pandu uji ini dengan Triton versi manual. Walaupun klacnya berasa sedikit pendek, sesiapa sahaja boleh menyesuaikan diri dengan pantas.

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (6)

Hantaran kuasa cukup lancar. Penukaran gear juga tidak tidaklah terlalu memenatkan kerana klacnya yang agak lembut. Jadi, peringkat awal perjalanan yang terpaksa menempuh sedikit kesesakan sebelum masuk ke lebuh raya tetap menyeronokkan.

Di atas lebuh raya, Triton mengekalkan kualiti keselesaan daripada model sebelumnya. Olengan tubuhnya minimum, walaupun ketika mengambil selekoh pada kelajuan sedikit tinggi atau menyusuri jalan kampung yang bengkang-bengkok.

Triton-Media-Drive-mekanika (4)

Ketika memecut di laluan lurus di lebuh raya, anda akan berasa yakin dengan chasis Triton yang terasa begitu solid. Cuma, alangkah bagusnya jika trak pikap ini dilengkapi sistem keselamatan yang lebih lengkap seperti Electronic Stability Control (ESC), walaupun untuk satu varian sahaja.

Tak sah kalau tidak menguji trak pikap di laluan off-road. Untuk tujuan itu, MMM telah memilih satu tapak di Ulu Slim yang memerlukan semua peserta melalui laluan berbukit, sebelum diakhiri dengan mengharung sebatang sungai kecil.

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (9)

Saya boleh katakan bahawa laluan itu memang ‘mild’. Dalam erti kata lain, tidaklah terlalu mencabar. Maka, sudah pasti Triton dapat melalui dengan cemerlang tanpa sebarang masalah.

Sebelum pulang, MMM sempat menyampaikan sumbangan berupa 30 beg beras kepada orang asli di Ulu Slim.

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (25)

Pulang dari Pulau Pinang, saya diberi pula varian Triton VGT Adventure. Sebagai model teratas, ia dilengkapi semua ciri yang telah dinyatakan tadi.

Masuk ke dalam kabinnya, anda disambut oleh ruang kabin yang ergonomik dan mewah. Tempat duduknya dibalut kulit. Sementara papan pemuka dipasang dengan paparan skrin sentuh yang mudah untuk dioperasi.

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (26)

Pulang bersama dua rakan media yang lain, saya berpeluang untuk duduk di kerusi belakang. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Triton ialah antara trak pikap yang paling selesa dalam kelasnya.

Memang betul, jualan Triton bukanlah laku keras macam Toyota Hilux atau Ford Ranger. Tetapi dengan semua ciri tambahan tersebut, ia pasti boleh menarik minat mereka yang lebih gemar menjadi golongan minoriti.

GALERI

Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (4)Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (11)Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (16)Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (12)Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (19)Mitsubishi-Triton-test-drive-2015-mekanika (20)

Google ads
Back to top button