Artikel Pilihan

OSHKOSH PLS BOLEH TURUNKAN MUATAN SENDIRI. TAK PERLU PAKAI KREN

Dalam mana-mana operasi pengamanan atau operasi di kawasan medan perang, salah satu aspek kritikal yang mesti diambil kira ialah kemampuan pasukan untuk mengawal selia sistem logistik dengan baik. Walaupun dalam teknologi moden, kapal terbang boleh melakukan tugasan logistik namun pengangkutan darat masih penting

Atas dasar ini Oshkosh Corporation salah satu syarikat pembekal kenderaan khas pada tentera memperkenalkan konsep Heavy Expanded Mobility Tactical Truck (HEMTT) dengan Palletize Load System (PLS) yang berupaya mengangkat bebanan logistik sebanyak 9100kg.

Trak HEMTT ini dikuasakan dengan enjin Caterpillar C15 bersaiz 15,200cc 6 silinder sebaris yang berupaya menjana 600 kuasa kuda dan 2508Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi 5 kelajuan heavy duty Allison 4500SP dan Oshkosh 36000 transfer case bagi memudahkan trak ini mengharungi permukaan jalan yang mencabar

Dengan berat tanpa muatan mencecah 24,000kg, HEMTT masih boleh dipandu sehingga 100km/j bergantung pada keadaan permukaan jalan dengan muatan penuh. Muatan yang diangkut oleh HEMTT akan diuruskan dengan sistem PLS yang dikuasakan dengan sistem hiraulik. Ini bermakna PLS boleh menguruskan muatannya tanpa bantuan mesin lain

Bagi memudahkan perjalanan HEMTT di laluan sukar, ia menggabungkan sistem suspensi spring, hydro-pneumatic serta gas tekanan tinggi bagi membolehkan suspensi ini bergerak sehingga 40cm dalam jarak menegak. HEMTT juga boleh mendaki laluan curam pada sudut 30 darjah bersama-sama dengan muatan penuh

Disebabkan HEMTT beroperasi di kawasan konflik, kabin pemandu dilindungi dengan armor bagi perlindungan peluru termasuk di bahagian bawah cesi. Braket untuk pemasangan senjata turut disediakan di bahagian kabin jika keadaan memerlukan

HEMTT memiliki panjang sehingga 11 meter, lebar 2.5 meter serta tinggi 3.3 meter terdiri daripada 2 unit iaitu prime mover (kepala lori) PLS-A1 dan juga bahagian belakang, PLS trailer dengan kapasiti 9100kg. Trailer ini dilengkapi dengan sistem brek bagi setiap gandar bagi jaminan keselamatan

Trak HEMTT juga boleh diubah menjadi lori tangki bahan api, mengangkut misil Patriot, bomba, tangki air, kenderaan Kembalik serta boleh melancarkan peluru berpandu dengan modul senjata

Google ads
Back to top button