Motosikal

3 MOTOSIKAL ROOKIE MOTOGP KENA REMBAT

Rookie MotoGP, Fabio Di Giannantonio menjadi mangsa kecurian ketika sambutan Krismas lalu.

Pelumba Itali itu terpaksa berputih mata apabila kehilangan tiga motosikal dan beberapa peralatan latihan.

Bahkan, Di Giannantonio telah merayu di media sosial agar orang yang bertanggungjawab melakukan perkara terbabit dapat ditemui.

“Mereka telah membuka kotak saya. Barangan yang dicuri adalah helmet, sut dan motosikal. Sila hubungi saya secepat mungkin.

“Motosikal yang dicuri merupakan motocross Yamaha, pit bike dan jentera digunakan dalam perlumbaan 100 km of Champions diadakan di ladang Valentino Rossi,” tulisnya dalam media sosial.

Di Giannantonio merupakan antara rookie yang bakal beraksi dalam saingan MotoGP musim ini.

Dia akan menunggang bersama pasukan Gresini bersama rakan sepasukan Enea Bastianini. – gpone/motorcyclesports

Google ads
Back to top button